Bos Perak FC minta penyokong ‘DM’ gambar puak perosak, akui kos tinggi banteras geng kasual – Sukan


AKSI Liga Super antara Perak FC dan Selangor FC di Stadium Ipoh, Perak pada Sabtu dicemari dengan pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan.

Berdasarkan laporan dan perkongsian orang ramai, kekecohan tersebut dicetuskan sebilangan peminat yang dikenali sebagai ‘casual’ bertujuan untuk menghangatkan suasana.

Namun, dengan ia membahayakan penonton di stadium, pihak polis terpaksa mengambil keputusan meleraikan golongan itu daripada terus merebak.

Tampil menjelaskan akan perkara itu ialah Ketua Pegawai Eksklusif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin yang juga mahu memberi kerjasama membanteras pesalah daripada isu tersebut berulang.

“Jika ada gambar-gambar mereka mereka ini boleh mesej saya untuk kita usaha lagi membenteras mereka mereka ini. Keadaan stadium juga agak terbuka di mana meteka ini boleh bebas kesana kemari tanpa hadangan hadangan yang bagus,” katanya.

Perkara itu diluahkan Bobie menerusi satu hantaran di akaun Facebook TBG Super Fan yang difahamkan miliknya berdasarkan kemas kini yang kerap dilakukan. — Majoriti

MENYUSUL…

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kim Swee: Rumah terbuka raya dan perlunya sikap tidak murah hati kepada tetamu – Sukan

Next Post

‘Dia aset berharga kami’, Cheng Hoe tampil pertahan anak buah – Sukan

Related Posts