Bintang import baharu Sang Kenari tak fikir panjang angkara Nafuzi Zain – Sukan


PEMAIN import terbaharu Kedah FC, Manuel Ott dikhabarkan memilih pasukan itu sebagai destinasinya selepas tertarik dengan kehadiran Nafuzi Zain sebagai jurulatih kelab itu pada musim depan.

Pernah bernaung di bawah jurulatih tersebut semasa di Terengganu FC sebelum ini, Ott difahamkan amat mengagumi cara serta falsafah bola sepak dimiliki Nafuzi yang membuatkan dia tidak berfikir panjang untuk menerima lamaran pasukan Kedah.

Tambahnya, penerapan bola sepak moden diamalkan Nafuzi yang banyak menggunakan corak formasi 4-3-3 adalah sangat bersesuaian dengan gaya permainannya di bahagian tengah.

“Tidak dinafikan yang saya datang ke Kedah kerana mahu terus bekerja dengan Nafuzi, saya sangat selesa dengan cara serta pendekatannya.

“Apa yang saya suka mengenai beliau adalah taktikal dan formasi yang digunakan, satu sistem yang memberikan banyak ruang untuk saya tunjukkan kemampuan saya.

“Jika diberikan tempoh yang bersesuaian, saya yakin bersama-sama beliau, Kedah mampu menamatkan penantian kejuaraan yang ditunggu oleh peminat.

“Namun, perlu diingat sebahagian besar pemain Kedah terdiri daripada muka-muka baharu dan sudah tentu, segalanya mengambil masa untuk kami serasi bersama serta memahami falsafah yang akan diterapkan Nafuzi

“Apa-apapun setakat ini saya sangat gembira berada di Kedah malah berasa sangat dialu-alukan oleh sebahagian besar peminat di sini,” katanya seperti dilaporkan MFL.

Nafuzi merupakan ketua jurulatih skuad Sang Kenari pada musim 2023. — Facebook/Kedah FC

Dilahirkan di Munich, Jerman, Ott memulakan karier bola sepaknya di negara itu sebelum beraksi di Filipina, Thailand dan Malaysia.

Bersama Kedah, ia bakal menjadi musim ketiga pemain berusia 31 tahun itu beraksi di Liga Malaysia selepas kali terakhir beliau mewakili Melaka United FC pada 2021 dan Terengganu FC pada 2022.

Semasa di Melaka, Ott berjaya menjaringkan 6 gol dengan 31 penampilan sebelum manakala di Terengganu pada musim lalu, memperlihatkan angka jaringan sama turut berjaya dicatatkan dalam 32 aksi perlawanan disertainya.

Di peringkat antarabangsa, pemain itu telah mengumpul 57 penampilan bersama skuad negaranya serta menjaringkan empat gol secara keseluruhan.

Dalam pada itu, Ott mengakui Liga Malaysia merupakan antara yang terbaik di rantau ASEAN selain turut jatuh hati dengan suasana di negara ini.

“Bukan sahaja suasana kehidupan di sini tetapi mutu Liga Malaysia juga semakin kompetitif dari tahun ke tahun sejak saya bersama pasukan Melaka pada musim pertama.

“Pemain-pemain muda juga berada di tahap terbaik dan saya rasa ini sesuatu yang bagus untuk bola sepak Malaysia secara khusus terutama dengan perkembangan ditunjukkan di Piala AFF.

“Ada kalanya saya pernah bergurau alangkah baiknya kalau memiliki pasport Malaysia kerana saya selesa dengan segala-galanya di sini,” katanya.

Pemain yang memiliki kerakyatan Filipina itu diyakini mampu memberi impak lebih bertenaga untuk Sang Kenari di ruang tengah dan membantu dalam gerakan serangan seperti dibuktikan ketika bersama TFC sepanjang musim 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Orang tak tahu apa saya lalui di Jepun’, Hadi Fayyadh perlu lebih masa letus impak bersama The Bos Gaurus – Sukan

Next Post

‘Syihan Hazmi memang power, tapi Farizal Marlias lebih layak jadi penjaga gol no.1 JDT’ – Sukan

Related Posts