Bintang Colombia bayangi Boakye bantu Gergasi Merah tundukkan The Cats – Sukan


SELANGOR FC berjaya menewaskan Kuching City FC dengan keputusan 2-1 dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada Isnin.

Walaupun menghadapi pasukan yang berada dalam kedudukan tercorot, namun Selangor FC dilihat berhempas-pulas untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

Dalam perlawanan babak pertama, barisan pertahanan The Cats dilihat memainkan peranan apabila berjaya mematahkan jentera serangan Selangor FC.

Penyerang Gergasi Merah, Ayron del Valle. — Facebook/Selangorfc

Bagaimanapun, penyerang berbisa Gergasi Merah, Ayron del Valle tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-26 menerusi sepakan penalti.

Walaupun Richmond Boakye dibawa masuk ke kelab Selangor FC namun Del Valle masih menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya mencetak satu gol dalam perlawanan tersebut.

Pada babak kedua, Yohandry Orozco menambah derita skuad kendalian Irfan Bakti pada minit ke-55 dan menjadikan The Red Giants menjadi pendahulu perlawanan.

Pada penghujung babak kedua, The Cats cuba bangkit apabila mengasak kubu pertahanan Selangor FC dan Amir Amri Salleh mencetak gol pada minit ke-89 apabila menumpaskan Sam Somerville.

Selangor FC kekal menghuni tangga kedua carta dengan mengutip 34 mata dalam 15 perlawanan Liga Super 2023 berlangsung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekas pengendali Perak FC muncul tepis stigma pemerhati Liga M, beri kejayaan manis buat Seladang – Sukan

Next Post

Aksi JDT-KL City beri bayangan keputusan final Piala FA tapi bintang Harimau Selatan jadi tumpuan – Sukan

Related Posts