Biar YCL terus kemudi Perak, 3 sebab pembantu Teong Kimi bukan calon sesuai naik pangkat – Sukan


DUNIA bola sepak tempatan dikejutkan dengan pengumuman Perak FC yang menggugurkan serta-merta ketua jurulatihnya, Datuk Lim Teong Kim pada Khamis.

Jawatan tersebut diisi oleh pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) Perak FC, Yusri Che Lah dengan status sebagai ketua jurulatih sementara.

Yusri atau juga dikenali sebagai YCL bukan nama asing dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan khususnya fans skuad The Bos Gaurus (TBG).

Pengendali dari Perlis itu begitu cekal, setia dan sabar bersama pasukan Seladang ketika skuad itu dilanda musibah pada musim lalu.

Penyokong mengharapkan Yusri diberi kepercayaan untuk mengemudi skuad TBG bagi mengharungi baki musim 2023. — Facebook/ Perak FC

Walaupun tidak berpeluang membawa pasukan ke tahap terbaik dengan kekangan kewangan yang membelenggu Perak FC, dia gigih memikul tanggungjawab tanpa memberi sebarang alasan.

Justeru, ramai mengharapkan agar YCL terus kekal diberi kepercayaan untuk mengemudi skuad Perak FC bagi mengharungi baki musim 2023.

Sebahagian besar fans juga menolak pembantu jurulatih Perak FC, V Saravanan yang menyertai skuad TBG musim untuk mengendalikan pasukan tersebut selepas ketiadaan Teong Kim.

Berikut 3 alasan mengapa Saravanan dirasakan bukan calon sesuai untuk naik pangkat menggantikan Teong Kim.

Perak FC di bawah bimbingan Teong Kim dibarisi oleh pemain-pemain muda. — Facebook/ Perak FC

1. Kurang pengalaman kendali pasukan Liga Super

Pengendali berusia 44 tahun itu boleh dikatakan masih ‘hijau’ dalam bidang kejurulatihan lebih-lebih lagi membabitkan pasukan Liga Super.

Jika diikutkan, Perak FC adalah pasukan pertama dalam divisyen tertinggi bola sepak tanah air di bawah kendaliannya.

Bekas penyerang negara itu dilantik oleh Teong Kim dalam barisan kejurulatihannya bersama seorang lagi pembantu jurulatih, Raja Azlan Shah Raja Shoib.

Tempoh lima bulan tidak cukup untuk Saravanan memberikan impak kepada pasukan berbanding YCL yang lebih lama berpengalaman di pentas Liga Super.

Selain Perak, YCL berpengalaman mengemudi Kelantan FC (15 April 2019 – 1 Januari 2021) dan KL City FC (5 Disember 2018 – 11 Mac 2019).

Sebelum itu, YCL memulakan karier sebagai pembantu jurulatih di Kelantan FC pada November 2017 dan menjadi jurulatih interim Kelantan dari Februari 2018 hingga Disember 2018.

Saravanan hanya memiliki latar belakang kejurulatihan di skuad B-13 di Finland dari 2012 hingga 2022.

2. Hanya berpengalaman bimbing skuad belia

Pengalaman Saravanan sebagai jurulatih skuad remaja di Finland tidak cukup untuk memulihkan reputasi Perak FC yang kini dalam kelompok empat tercorot liga.

Dia hanya memiliki latar belakang kejurulatihan di skuad Bawah 13 tahun (B-13) HJK Helsinki dari 2012 hingga 2022.

Justeru, menjadi satu cabaran buat Saravanan untuk melatih pemain-pemain senior bertaraf profesional jika dibandingkan dengan pembangunan bakat pemain muda.

Keperluan kedua-dua kelompok pemain itu berbeza daripada pelbagai aspek yang mana pemain skuad senior memerlukan satu sentuhan lebih matang untuk bersaing di peringkat liga.

Pemain Perak FC gagal bersaing dengan baik di peringkat tertinggi liga. — Facebook/ Perak FC

3. Acuan taktikal mungkin sama seperti LTK

Memandangkan Saravanan terlibat secara langsung dalam pembangunan bola sepak belia, tidak mustahil dia mungkin memiliki acuan hampir sama seperti Teong Kim.

Seperti diketahui bekas ketua jurulatih Perak itu cenderung dengan falsafah atau penerapan bola sepak secara berperingkat (trust the process) kerana begitu lama terlibat dengan pembangunan pemain remaja di Bayern Munich.

Melihat kepada situasi berkenaan, tiada nilai tambah buat pasukan Perak FC jika tugas sebagai ketua jurulatih diberikan kepada Saravanan buat masa ini.

Dan dengan itu juga, penyokong sudah tentu tidak mahu skrip sama ketika Teong Kim membimbing TBG, berulang lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Dulu benci, kini sayang’, Willian Lira mula jadi dambaan bekas legenda Kedah – Sukan

Next Post

Lucas, Nuha antara 5 penyerang masih gagal tunjuk skil di depan gawang lawan – Sukan

Related Posts