Betul ke Messi nak pencen? Jurulatih Argentina ada pesanan khas untuk peminat bola sepak

JURULATIH pasukan kebangsaan Argentina, Lionel Scaloni meminta penyokong agar menikmati aksi Lionel Messi selagi dia belum pencen.

Sebelum ini, Messi sendiri pernah menyuarakan hasrat untuk bersara dari pentas antarabangsa selepas Piala Dunia 2022.

Messi berkata demikian selepas membawa Argentina menang 3-0 ke atas Venezuela dalam Kelayakan Piala Dunia Zon Conmebol 2022 di La Bombonera pada Sabtu.

“Saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan selepas Piala Dunia,” kata Messi kepada ESPN.

“Saya sedang memikirkan apa yang akan datang. Selepas Piala Dunia Qatar, saya perlu menilai semula banyak perkara,” tambah penyerang Paris Saint-Germain itu.

Menurut Scaloni, pemain mempunyai pilihan sendiri untuk menentukan garis akhir kerjaya mereka, baik di kelab mahupun pasukan kebangsaan.

“Apa yang boleh dilakukan oleh pencinta bola sepak, terutamanya peminat Argentina, sekarang ialah masa untuk menikmati permainan Messi selagi dia masih boleh.

“Selepas bermain di Piala Dunia, semua orang membuat penilaian. Saya tidak berada di kepala pemain untuk mengetahui apa yang mereka fikirkan,” kata Scaloni lagi. – Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts