Bertuahnya cucu Floyd Mayweather… Tahun lepas dapat jam tangan Rolex, terbaru datuk hadiahkan ‘car seat’ berharga lebih RM80,000!

TERKENAL dengan gaya hidup mewah, Floyd Mayweather, sekali lagi membuatkan para peminatnya ternganga apabila sanggup memperuntukkan sejumlah besar wang buat cucunya.

Kali ini, legenda tinju itu sanggup membelanjakan $18,000 (RM80,226) membeli kerusi bayi untuk diletakkan di dalam kereta Rolls Royce miliknya.

Kerusi bayi tersebut kelihatan mewah dan istimewa dengan fabriknya diperbuat daripada bulu-bulu halus yang lembut.

Tahun lalu, Mayweather menghadiahkan jam tangan jenama Rolex ketika cucunya, Kentrell Jr, baharu berusia lima minggu.

Sudah semestinya Kentrell Jr, yang kini berusia setahun lebih, menjadi antara cucu paling bertuah di dunia.

Mayweather ‘naik pangkat’ menjadi datuk awal tahun lalu apabila anak sulungnya, Yaya, menimang anak pertama dengan penyanyi rap NBA, Youngboy. – Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tersilap disangka suspek kes tembakan, Bakayoko cemas diacu pistol oleh polis Itali

Next Post

Terlebih stamina lelaki, transgender dihalan bermain ragbi pasukan wanita

Related Posts