Bersinar di Liga Thai, bekas tonggak Penang kembali meniti di bibir penyokong – Sukan


LIGA bola sepak Thailand akhirnya melabuhkan tirai dengan menyaksikan Buriram United melengkapkan kejuaraan treble dalam saingan Liga Thailand apabila selepas mengalahkan True Bangkok, memenangi perlawanan akhir Piala FA pada Ahad.

Menariknya, kejuaraan treble Buriram kali ini turut menyaksikan pemain kebangsaan Malaysia, Dion Cools menjadi antara tonggak pasukan yang membantu skuad Thunder Castle menjadi kelab digeruni musim ini.

Selain Cools, seorang lagi pemain tanah air iaitu Zafuan Azeman semakin mencipta nama di negara jiran yang mana dia berhasil membantu pasukannya dinaikkan pangkat ke Liga 1 Thailand.

Uthai Thani FC mengesahkan kelayakan mereka ke liga tertinggi Thailand selepas menduduki tempat ketiga dalam saingan divisyen kedua baru-baru ini.

Bekas penyerang kebangsaan B-19 tahun itu antara tonggak yang membantu Uthai selepas dia menyertai pasukan itu pada awal Januari ini dan sejak itu, pemain berusia 23 tahun tersebut beraksi sebanyak empat perlawanan.

Zafuan ketika menyarung jersi Harimau Kumbang. — Instagram/Zafuan

Melihat kepada kejayaan pemain muda itu, tidak hairanlah jika penyokong Penang FC kembali menyimpan hasrat untuk Zafuan menyertai semula Harimau Kumbang nanti.

“Hmmmm, kenapalah Penang FC lepas dia dulu,” komen penyokong Harimau Kumbang, ramadan_ali_18.

“Dia bagus dulu semasa Penang di Liga Perdana. Cuma tak tahulah mungkin ada benda yang nak pengurusan Penang nampak saya tak nampak,” tambah penyokong itu.

Pemain kelahiran Perlis itu menyertai Penang FC pada musim 2021-22, namun beraksi sebanyak tiga perlawanan sahaja sebelum dipinjamkan Kelantan United.

Untuk rekod, Zafuan sebelum ini pernah beraksi di divisyen ketiga Liga Thailand bersama Angthong FC bagi musim 2019-20 namun disebabkan pandemik Covid-19 kelab tersebut terpaksa menamatkan kontraknya dengan lebih awal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemain Kelantan dedah bintang import TRW bakal angkat kaki menjelang jendela perpindahan kedua – Sukan

Next Post

Destinasi Nor Hakim akhirnya diketahui, tanah kelahiran jadi pilihan hati – Sukan

Related Posts