Bernaung di bawah BAM atau tidak, Zii Jia akan dibantu sepenuhnya — Norza – Sukan


SEMUA bantuan yang diperlukan oleh pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 akan disediakan menerusi program ‘Road To Gold’ (RTG).

Pengerusi bersama jawatankuasa RTG, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, pihaknya mahu mengurangkan apa juga bentuk halangan dalam membantu atlet itu menuju kejayaan di Olimpik.

“Apa sahaja bantuan yang diperlukan oleh Zii Jia dari segi latihan, jurulatih dan keperluan lain kita akan bagi sokongan sepenuhnya berpandukan pada kriteria yang kita letakkan dalam RTG,” katanya pada sidang media di Wisma OCM di Kuala Lumpur pada Rabu.

Mohamad Norza, yang ditanya mengenai spekulasi kepulangan Zii Jia ke BAM selepas dua kali bertemu dengan pemain nombor empat dunia itu berkata, pihaknya sedia memberikan semua sokongan tanpa mengira sama ada pemain itu bernaung di bawah BAM atau bergerak secara profesional.

Mohammad Norza berkata, pihaknya mahu mengurangkan apa juga bentuk halangan dalam membantu Zii Jia menuju kejayaan di Olimpik.

Menurutnya, berikutan tempoh untuk Olimpik Paris yang dijadualkan bermula 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan tidak lama, beliau mahu mengetepikan isu yang tidak dapat diselesaikan sebelum temasya itu.

“Kita nak pastikan atlet yang dalam senarai RTG, dari segi keperluan dan laluan mereka untuk kelayakan, kita sediakan dan mengurangkan proses pentadbiran sebaliknya meningkatkan marjin pencapaian. Itu tujuan kita sebagai pentadbir.

“Kalau Zii Jia rasa selesa dengan caranya, apa yang diperlukan untuk capai KPI (indeks prestasi utama), kita akan usahakan,” katanya yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, beliau sedang berhubung dengan Zii Jia yang pulang ke tanah air dua hari lepas, untuk mendapatkan masa sesuai bagi mengadakan perjumpaan.

Sebelum ini, media melaporkan Hannah, yang juga pengerusi bersama RTG, mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan Zii Jia sebaik pemain profesional itu pulang daripada siri kejohanan di Eropah bagi membantunya susulan prestasi tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, penyelaras projek RTG, Stuart Ramalingam memulakan tugas sebaik pelantikannya dibuat pada awal bulan ini dan pengumuman berkaitan pelaksanaan program itu akan dibuat selepas perinciannya dimuktamadkan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Kami adalah pencipta sejarah’, TMJ ada misi tersendiri bertemu Sabah di SSI – Sukan

Next Post

Matyo kongsi sebab Syihan atasi Farizal di JDT, Harimau Malaya – Sukan

Related Posts