Berkenan pemain nombor 18, Baddrol nampak potensi prospek masa depan KDA FC – Sukan


SELEPAS hampir dua tahun beraksi di Sabah FC, Baddrol Bakhtiar akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan khidmatnya bersama pasukan Sang Badak dalam perlawanan terakhirnya ketika menentang Sri Pahang FC pada Sabtu lepas.

Khabar angin mengatakan Baddrol mungkin bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah bulan depan selepas dipilih sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN).

Namun, menurut pemain itu, dia tetap akan meneruskan karier sebagai pemain bola sepak tetapi perlu melaksanakan satu misi yang belum dapat didedahkan pada masa ini.

Dalam pada itu, pemain tersebut baru-baru ini difahamkan sudah kembali ke negeri kelahirannya di Kedah dan membuat beberapa tinjauan di kawasan perkampungannya.

Bagai bulan jatuh ke riba, kedatangan Baddrol disambut meriah oleh penduduk kampung di situ dengan dia juga turut memberikan ucapan kepada orang ramai.

Paling mencuri perhatian adalah apabila pemain itu turut memuji seorang remaja lelaki yang dikatakan mampu menyinar bersama pasukan Kedah di masa akan datang.

Remaja itu yang memakai jersi bernombor 18, dipanggil ke hadapan dalam satu sesi ucapan dilakukan.

Dikenali sebagai Adam, Baddrol menganggap individu berkenaan sebagai prospek muda Sang Kenari dan turut mendoakan yang terbaik buat remaja itu dalam usahanya untuk menjadi pemain bola sepak tanah air.

“Abang Badd ingin mengucapkan satu hari nanti Adam akan mewakili Kedah, dapat mengharumkan nama Adam dan nama kampung.

“Tapi kalau kita tak berusaha, kita tak disiplin dan tak dengar cakap orang-orang tua kita tak akan pergi jauh.

“Yang paling penting kita kena hormat-menghormati satu sama lain untuk berjaya dalam bola sepak,” katanya.

Dengan pujian serta nasihat yang diberikan itu, jelas menunjukkan penyerang skuad kebangsaan terbabit masih ingin melihat Kedah kembali selaku gergasi bola sepak tanah air seperti dahulu kala.

Dengan sandaran diletakkan terhadap remaja berkenaan, diharapkan ia mampu dijadikan kata-kata motivasi buatnya sekali gus merealisasikan impian penyokong untuk melihat kebangkitan Sang Kenari pada musim akan datang.

Untuk rekod, Kedah kini berada di kedudukan ketiga Liga Super dengan 34 mata keseluruhan diekori Johor Darul Takzim (JDT) (51) selaku pendahulu carta dan Selangor (37) di posisi kedua.

Anak-anak buah Nafuzi Zain pada perlawanan seterusnya akan menentang Kuching United FC di tempat lawan dan akan memulakan kempen pusingan pertama Piala Malaysia pada 3 Ogos nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Farizal keeper terbaik,’ bekas tonggak Perak imbau kenangan raih trofi Piala FA bersama JDT – Sukan

Next Post

Santokh Singh, Tauke pernah hentam 4 pemain JDT sebab bersara dari skuad kebangsaan – Sukan

Related Posts