Berkat sokongan arwah ayah, bintang muda JDT kini menduduki ranking pertama dunia – Sukan


PEMAIN eFootball JDT|GBX, Mohamad Nor Haikal Mohamad Noh sekali lagi mencipta sejarah baharu apabila berjaya menduduki ranking pertama dunia sukan tersebut.

Haikal, menduduki ranking pertama dunia selepas mengumpul 1,540 mata sekali gus meninggalkan pesaingnya dari Brazil, Senegal dan Jepun.

Pemain berusia 27 tahun ini mula menyertai JDT pada 2021 yang mana ketika itu menyertai kejohanan Champions eFootball yang digandingkan dengan pemain kebangsaan, Mohamadou Sumareh.

Menurut Nor Haikal dia berasa gembira apabila berjaya membantu JDT|GBX dikenali di seluruh dunia dan berterima kasih kepada individu-individu yang sering memberikan sokongan.

“Semestinya saya rasa bangga kerana berjaya membawa nama JDT|GBX dikenali, ini adalah satu permulaan untuk saya mengejar cita-cita menjadi juara dunia.

“Saya berterima kasih kepada arwah ayah yang memberikan sokongan kuat apabila membelikan Playstation 4 supaya saya lebih pergi jauh dalam bidang ini.

“Kawan kawan juga banyak beri sokongan dengan membantu saya di setiap kejohanan yang disertai.

“Kini bersama JDT|GBX saya lebih terurus dari segi masa dan perjalanan karier untuk menjadi juara dunia satu hari nanti tersusun,” katanya pada Majoriti.

Haikal akan menyertai kelayakan World eFootball Open pada hujung bulan ini.

Haikal turut berkongsi bagaimana perjalanan kariernya bersama JDT|GBX serta halangan untuk mendapatkan kepercayaan ahli keluarga.

“Sebelum ini saya pernah bersama JDT untuk satu kejohanan bergandingan dengan Sumareh dan pada November 2022 saya menandatangani kontrak bersama JDT|GBX.

“Saya berharap dapat membawa nama JDT|GBX ke peringkat yang lebih tinggi.

“Sebelum bergiat aktif sebagai pemain eSukan keluarga kurang memberi sokongan.

“Namun selepas menemui kejayaan mereka makin percaya kepada saya dan memberikan 100% sokongan apabila saya bertanding dalam mana-mana kejohanan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Haikal berkongsi reaksi keluarganya selepas dia dinobatkan menduduki ranking pertama dunia sukan itu.

“Pada awalnya keluarga tak percaya tapi bila banyak media post pasal saya , saya tunjuk dekat mereka baru dia percaya.

“Mereka turut berpesan supaya sentiasa menjaga nama baik dan sentiasa berusaha menjadi lebih baik di masa akan datang,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Haikal akan menyertai kelayakan World eFootball Open pada hujung bulan ini dan sekiranya layak dia akan ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Jepun.

Dia juga akan menyertai satu lagi kejohanan iaitu World eSports di Romania. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Import Penang FC sanggup simpan jambang kerana takutkan Korea Utara – Sukan

Next Post

Chong Hann seru penyokong tenang, percayakan Zii Jia – Sukan

Related Posts