Berjuang habis-habisan, peninju wanita tersenyum patah gigi depan

PENINJU Pannie Kianzad pulang dengan dua gigi depannya hilang selepas memenangi pertarungan UFC Vegas 51, baru-baru ini.

Bintang MMA Sweden kelahiran Iran itu turut mengalami kecederaan hidung dalam perlawanan dengan rakan senegaranya, Lina Lansberg.

Langsung tidak terganggu dengan kecederaan tersebut, dia ‘selamba’ menunjukkan mulutnya dan bergambar di hadapan kamera.

“Pada pusingan kedua saya berasa sangat baik kemudian saya mendapati diri saya berada di atas lantai. Saya tidak faham, adakah saya tersingkir?

“Ia sangat pantas jadi saya percaya dia (lawan) boleh memenangi pusingan itu tetapi saya mengatasinya semula sejurus selepas itu.

“Saya berasa pantas dan perkara yang saya fikir saya boleh menghadapi masalah, saya berasa kuat. Ini bermakna semua yang saya kerjakan benar-benar berkesan,” ujarnya bercerita mengenai perlawanan tiga pusingan itu.

Untuk rekod, Kianzad merupakan bekas peserta The Ultimate Fighter.

Menurut Kianzad, dia juga menyimpan hasrat untuk berlawan dengan seorang lagi peninju wanita iaitu Aspen Ladd pada masa akan datang. – Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Peninju remaja, Ali Tazeem maut dalam kemalangan tragis

Next Post

Bayi lelaki Ronaldo meninggal dunia, peminat turut berduka

Related Posts