Berjaya kaut 3 mata, tapi Fandi masih tak puas hati persembahan Tok Gajah – Sukan


PERSEMBAHAN Sri Pahang FC dilihat masih hambar walaupun berjaya mencatat kemenangan 1-0, sekali gus mengutip tiga mata penuh semasa bertemu Kelantan United FC di laman sendiri pada saingan Liga Super pada Isnin.

Ketua jurulatihnya, Fandi Ahmad berkata, antara punca ‘aksi kurang menjadi’ anak buahnya ialah keletihan sehingga menyebabkan mereka kurang motivasi, selain bersifat terlalu yakin apabila berhadapan pasukan di tangga tercorot.

“Secara keseluruhan saya tidak berpuas hati dengan persembahan malam ini (malam tadi)…apa yang saya puas hati cuma kita berjaya mengutip tiga mata penuh. Itu sahaja.

Keputusan kurang meyakinkan dipamerkan rata-rata pemain selepas kemenangan penting di laman sendiri. — Facebook/Sri Pahang FC

“Pemain dilihat terlalu mengikut rentak permainan pasukan lawan tetapi nasib baik (ada) perubahan lebih positif pada babak kedua iaitu kita tidak putus asa mencari gol dan akhirnya dapat kemenangan,” katanya.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan mempamerkan corak perlawanan yang hambar dengan hanya beberapa percubaan dapat dilakukan sebelum pemain pertahanan import Tok Gajah, Stefano Brundo memecahkan kebuntuan gol pada minit ke-93, seminit sebelum masa tambahan berakhir.

Selain itu, Fandi berkata, kepincangan juga dikenal pasti dalam kalangan pemain tengah Sri Pahang sehingga mengakibatkan mereka kerap kehilangan bola, sekali gus mensia-siakan peluang untuk melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan.

Kemenangan itu meletakkan skuad Tok Gajah mendaki carta liga untuk menduduki tangga ketiga sementara Kelantan United hanya mampu berada di tangga tercorot selepas lapan perlawanan.

Sri Pahang berpeluang untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka ketika pertemuan bersama Kuching City FC di tempat lawan selepas aksi Piala FA menentang Selangor FC di Stadium MBPJ, Selangor pada Sabtu. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Saya sudah bersara, masa saya dah berlalu — Azraai – Sukan

Next Post

[VIDEO] ‘Saya tidak berniat perkecilkan sesiapa,’ LTK ulas isu jawapan pasca perlawanan Perak-JDT – Sukan

Related Posts