‘Beri dia masa’, anak didik percaya kebolehan Aidil Sharin jika pilih ke Terengganu – Sukan


SEMAKIN kuat khabar angin ketika ini yang mengatakan bekas pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak bakal kembali mewarnai Liga Malaysia.

Dia yang ketika ini mengendalikan kelab Liga 1 Indonesia, Persikabo 1973 dikhabarkan berminat dengan kepulangan itu meskipun mempunyai hubungan yang cukup baik bersama majikannya.

Berdasarkan beberapa laporan semasa, jurulatih kelahiran Singapura berkenaan sudah menerima tawaran daripada sebuah kelab Pantai Timur.

Hal itu sepertinya cukup relevan memandangkan ketiga-tiga pasukan yang berpangkalan di rantau tersebut masih belum mendapatkan rentak selepas 10 aksi Liga Super.

Menurut satu berita baru-baru ini, pasukan yang semakin hampir untuk mendapatkan Aidil ialah Kelantan United FC yang ketika ini dikendalikan Nazrulerwan Makmor selepas Tomas Trucha direhatkan.

Keputusan itu boleh dikatakan cukup bijak memandangkan skuad Kijang Hijau masih belum meraih sebarang kemenangan dengan hanya dua mata dikutip.

Tomislav dikhabarkan bakal digugurkan daripada tugasnya. — Facebook/Terengganu FC

Bagaimanapun, sebuah lagi pasukan yang seperti cukup berminat untuk mendapatkan sentuhan jurulatih berusia 45 tahun itu ialah Terengganu FC.

Pasukan yang kini dibimbing pengendali kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner berada dalam prestasi mengecewakan dengan menduduki tangga kelapan Liga Super.

Walaupun mereka sebelum ini pernah menafikan bakal melakukan penggiliran, skuad Sang Penyu bakal bertanding dalam Piala AFC yang merupakan cabaran besar buat mereka.

Namun, persoalannya, dengan Aidil memiliki reputasi yang kurang meyakinkan lebih-lebih lagi dalam tahun terakhirnya di Utara tanah air, adakah ia satu keputusan tepat buat Terengganu FC untuk melantiknya.

Bagi bekas pemain KDA FC, Edgar Bernhardt, jurulatih berkenaan mempunyai peluang yang cerah untuk menghidupkan semula musim kelab Pantai Timur itu jika diberikan kepercayaan penuh.

“Jika berikan dia masa yang diperlukan, saya yakin kerana saya tidak pernah dengar apa-apa isu atau masalah mengenai personalitinya.

“Dia merupakan seorang yang cukup profesional kerana dia memang berpegang dengan sikap berkenaan dan mana-mana kelab yang mahu mendapatkan mana-mana jurulatih, mereka perlu beri kepercayaan penuh buatnya,” katanya kepada Majoriti.

Pemain kebangsaan Krygyzstan tersebut pernah berpeluang menyertai skuad Sang Kenari untuk separuh musim iaitu pada 2019.

Dia yang kerap diturunkan sebagai pemain tengah itu merupakan antara tonggak utama pasukan berkenaan yang layak ke dua pentas akhir, iaitu Piala FA dan Piala Malaysia.

Kedah pernah mendapatkan khidmat pemain tengah kebangsaan Krygyzstan itu. — Facebook/Kedah FA

Bagaimanapun, meskipun memainkan peranan yang cukup penting, pihak pengurusan memilih untuk tidak menyambung kontraknya sebelum dia memilih untuk menyertai kelab Bangladesh, Dhaka Arbahani.

Tambah Bernhardt lagi, Aidil memiliki sikap yang cukup bersemangat untuk mencatatkan kemenangan selain mempunyai sifat cukup baik secara peribadi.

“Secara peribadinya, dia merupakan seorang dengan personaliti sangat baik, tetapi sebagai pengendali, dia cukup dahagakan kemenangan.

“Dia mahu pastikan pasukan yang dibimbingnya menang. Jadi, dia mempunyai sifat pesaing dan saya memang tidak boleh katakan apa-apa buruk kerana saya tiada pengalaman buruk dengannya,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Prestasi tidak menentu, Sang Kenari bakal terima 5 ‘ex-player’ Julai ini – Sukan

Next Post

‘Assist’ jaringan Ikhwan Yazek dikagumi bintang Manchester City, terpilih antara aksi terbaik liga – Sukan

Related Posts