Bergelut dalam Liga Super 7 tahun lalu, tapi Atok Weigang ada rahsia selamatkan skuad TBG – Sukan


KEPULANGAN Perak FC dalam divisyen teratas bola sepak tanah air tidaklah seperti mana diharapkan apabila pasukan itu masih bergelut untuk mendapatkan rentak.

10 kekalahan, tiga kemenangan dan empat keputusan seri menyaksikan mereka menduduki tangga ke-11 Liga Super selepas 17 perlawanan dihadapi.

Harapan kelab Utara tanah air itu untuk berada dalam kelompok 10 pasukan teratas juga semakin samar dengan enam mata membezakan skuad The Bos Gaurus (TBG) dengan pasukan di tangga lebih atas, Penang FC.

Jadi, prestasi tidak menentu tersebut pastinya memberi tekanan buat pihak pengurusan, lebih-lebih lagi apabila kehadiran penyokong ke stadium untuk setiap perlawanan semakin merosot.

Namun, perkara sebegini bukanlah sesuatu yang baharu buat pengikut setia kelab memandangkan Perak FC pernah berdepan cabaran untuk menempatkan diri sebagai pencabar takhta Liga Super.

Perak FA bergelut untuk mendapatkan rentak dalam saingan liga tempatan pada 2016.

Situasi tersebut berlaku pada 2016 dengan kehadiran ketua jurulatih legenda kelahiran Jerman, Karl Heinz-Weigang masih gagal mendapatkan rentak dalam tersendiri.

Tetapi, mereka masih berpeluang menarik nafas lega apabila pada Julai tahun yang sama, skuad TBG melangkah keluar daripada zon penyingkiran selepas menewaskan Terengganu FA di laman sendiri.

Jaringan daripada Kenny Pallraj dan Elias Fernandes membolehkan Perak FA melonjak ke tangga kelapan liga dengan ia merupakan kemenangan ketiga mereka dalam Liga Super selepas 14 perlawanan.

Lebih membanggakan lagi, kemenangan itu diraih selepas tiga mata yang dikutip dalam saingan Piala Malaysia dengan skuad TBG menundukkan PKNS FC 4-1 di Stadium Ipoh, Perak.

Berkata kepada media selepas aksi hangat itu, Weigang menegaskan anak-anak buahnya tidak pernah mengibarkan bendera putih meskipun berdepan penyingkiran ke Liga Perdana.

Semangat yang diterapkan pengendali tersohor skuad TBG itu akhirnya membuahkan hasil apabila pasukan itu menamatkan saingan Liga Super di tangga keenam.

Tetapi, pencapaian itu masih tidak cukup membanggakan buat penyokong fanatik mereka dengan Perak FA tersingkir daripada Piala Malaysia di peringkat kumpulan sebelum menamatkan saingan Piala FA di peringkat separuh akhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Tak tahu apa punca, bek KDA FC B tendang pemain JDT II ketika bersalaman – Sukan

Next Post

Belum buat pengumuman, tapi Kelantan FC ‘kantoi’ dapatkan import baharu – Sukan

Related Posts