Berbeza nasib dengan Faisal, ‘winger’ Kelantan pernah kena tambah hukuman kasari pemain Selangor – Sukan


BERITA gembira diberikan kepada penyokong bola sepak tanah air apabila , Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermurah hati memberi keloynggaran apabila mengizinkan tonggak Selangor, Faisal Halim untuk menjalani latihan bersama pasukannya.

Sebelum ini, pemain berusia 25 tahun itu dikenakan hukuman penggantungan selama sebulan susulan komennya selepas aksi Liga Super menentang Sabah FC pada April lalu.

Faisal berpotensi untuk digantung tiga bulan lagi bergantung dengan kelakuannya sepanjang tempoh setahun hingga Julai tahun depan.

Terdahulu. seorang pemain Liga Malaysia (Liga M) turut pernah menerima hukuman digantung perlawanan oleh badan induk itu namun keputusan rayuan yang diterima berbeza dengan Faisal.

Memetik laporan berita pada 5 Ogos 2016, pemain sayap Kelantan. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria bukannya diberi kelonggaran sebaliknya hukuman penggantungannya ditambah kepada satu perlawanan.

Jawatankuasa tatatertib FAM ketika itu memutuskan penggantungan terhadap pemain tersebut ditingkatkan manakala denda RM2,000 yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, dikekalkan.

Menurut kenyataan media FAM, pemain yang dikenali dengan panggilan ‘Kechik’ itu dikenakan penggantungan ekoran berkelakuan ganas terhadap pemain Selangor semasa perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Selangor di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu pada 21 Mei 2016.

Bekas pemain Harimau Muda itu dikenakan penggantungan lima perlawanan pada tujuh tahun lepas membabitkan aksi Liga Super menentang Terengganu iaitu penggantungan automatik, diikuti pertemuan menentang Pahang, Johor Darul Takzim, Felda United dan T-Team.

Tambahan penggantungan perlawanan terbaharu adalah membabitkan pertemuan Kelantan menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Yoodo RG sasar tempat ke-2 terbaik MPL MY Musim 12, rekrut trio terbaik dari Filipina – Sukan

Next Post

[VIDEO] Tiga kali kalah di laman sendiri, penyokong rempuh masuk padang kejar pemain, pengadil – Sukan

Related Posts