Berbaki 3 perlawanan, siapa miliki kelebihan rangkul Kasut Emas? – Sukan


PEREBUTAN penjaring terbanyak hampir menemui penyandangnya apabila saingan Liga Super 2023 akan menutup tirai tidak lama lagi.

Umum mengetahui, penjaring terbanyak Liga Super ketika ini dikuasai oleh pemain import Selangor FC, Ayron del Valle.

Ayron menduduki tangga teratas selaku penjaring terbanyak liga yang diikuti oleh import Johor Darul Takzim (JDT), Fernando Forestieri dan Bergson da Silva.

Ifedayo berjaya merangkul serta mempertahankan gelaran penjaring terbanyak Liga Super 2020 dan 2021.

Untuk rekod, Ayron sudah meledak 21 jaringan untuk Gergasi Merah, Forestieri mencetak 19 gol dan Bergson mencatat 17 gol.

Dalam pada itu, melihat kepada kedudukan penjaring terbanyak setakat ini, ketiga-tiga pemain tersebut hanya dibezakan dengan dua gol.

1. Jadual perlawanan

Melihat kepada baki perlawanan musim ini, ketiga-tiga pemain masih berpeluang untuk mencetak jaringan.

Mempunyai tiga lagi baki perlawanan, Ayron dilihat memiliki kelebihan untuk mencetak jaringan kerana hanya fokus kepada aksi Liga Super.

Cerita berbeza di kem Harimau Selatan kerana JDT masih mempunyai tiga perlawanan berbeza iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan final Piala Malaysia.

Berikutan jadual padat itu, Fernando dan Bergson dilihat akan mengalami kesukaran untuk menambah akaun jaringan dalam aksi Liga Super.

2. Prestasi semasa

Melihat kepada prestasi semasa penyerang JDT, Bergson dan Forestieri berada dalam prestasi cemerlang.

Dalam dua perlawanan terakhir liga, Bergson mencetak dua jaringan ketika berdepan PDRM FC pada 29 September dan Kelantan United pada 29 Oktober lalu.

Bagi Forestieri pula, dia berada pada prestasi baik ketika ini selepas mencetak dua jaringan yang masing-masing ketika berdepan Kelantan United dan Perak FC.

Berbeza dengan yang dialami oleh Ayron, kali terakhir mencetak gol adalah ketika berdepan Kelantan FC dengan jumlah empat jaringan pada 25 Ogos lalu.

3. Persaingan posisi di kelab masing-masing

Ayron mempunyai kelebihan untuk menambah akaun jaringan kerana ketika ini sudah merekodkan 21 gol selepas 23 perlawanan berlangsung.

Berikutan perkara itu, Ayron memiliki peluang untuk bergelar penjaring terbanyak kerana hanya perlu bersaing dengan dua penyerang JDT itu.

Berbeza cerita dengan dua wakil Harimau Selatan, kedua-dua penyerang itu perlu bersaing secara sihat dalam mendapatkan jaringan.

Berbaki tiga perlawanan liga, Forestieri dan Bergson dilihat akan bergelut untuk menambah jaringan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Izzat Zaidi sudah sedar, masih guna alat bantuan pernafasan – Sukan

Next Post

Masalah gaji Kelantan, penangan YCL jadi ruang ubi muda raih minit permainan  – Sukan

Related Posts