Berang cinta ditolak, bekas tok sami bertubi-tubi tikam muka, dada jaga sampai mati – Sukan


PENGAWAL keselamatan lelaki yang menikam rakan sekerja wanita sehingga mati di Bangkok, Thailand ditahan polis di Chon Buri pada Khamis.

Polis dari Balai Polis Tung Mahamek menangkap suspek, Sing Jabairam, 57, yang menikam rakan sekerjanya, Anitta Yoosothana, 30, hingga mati di hadapan Universiti Teknologi Rajamangala Krungthep di Bangkok.

Sing melarikan diri dari tempat kejadian dengan motosikalnya selepas kejadian berdarah itu.

Rakan sekerjanya memberitahu polis bahawa suspek ada hati terhadap mangsa namun berang selepas cintanya ditolak wanita terbabit.

Sing bagaimanapun enggan menjawab pertanyaan media berhubung motif pembunuhannya.

Menurut laporan Thaiger.com, polis bekerjasama dengan polis wilayah timur laut Buriram untuk menyiasat sebuah rumah milik saudara Sing.

Mangsa ditikam bertubi-tubi di dada dan muka hingga meninggal dunia di tempat kejadian. — Agensi

Seorang saudara tertuduh, Panupong Jarumas, 63, memberitahu polis bahawa mereka tidak pernah berjumpa Sing sejak dia meninggalkan rumah dua tahun lalu untuk menjadi sami.

Sing dikatakan tinggal di sebuah tokong di Buriram selama kira-kira satu tahun sebelum dihalau kerana dia didapati melakukan perkara terlarang seperti mengambil alkohol dan menjalinkan hubungan seks dengan wanita.

Terdahulu, media Thailand melaporkan, Sing menikam Anitta yang juga bertugas sebagai pengawal keselamatan di universiti tersebut. Mangsa maut akibat ditikam bertubi-tubi di dada dan muka.

Lelaki itu berdepan hukuman penjara seumur hidup atau penjara sehingga 15 hingga 20 tahun mengikut Seksyen 288 Undang-undang Jenayah berkaitan pembunuhan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

‘Jangan aniaya mereka’, Jamal Nasir kritik tunggakan gaji Melaka United – Sukan

Next Post

Anak tak berdosa jadi pelampias marah, Azam Azih dan isteri maafkan peminat toksik – Sukan

Related Posts