Beraksi penuh santai, fans Harimau Selatan mula persoal prestasi Kunimoto – Sukan


JOHOR Darul Takzim (JDT) melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas membenam Negeri Sembilan FC 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor dalam perlawanan suku akhir kedua kejohanan itu pada Sabtu.

Negeri Sembilan dilihat menjadi mangsa JDT melepaskan geram, susulan kekalahan 0-1 dengan kelab Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia (ACL) Kumpulan I pada Selasa lepas.

Antara bintang yang meranapkan impian Negeri Sembilan ialah Bergson da Silva (dua gol), Juan Muniz dan Fernando Forestieri yang kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan.

Namun, selain daripada tiga individu import yang membantu JDT, Takahiro Kunimoto turut menjadi bualan dalam kalangan penyokong selepas dia dikatakan beraksi ‘hambar’.

Bersama Harimau Selatan, Kunimoto sudah menjaringkan dua gol dan satu assist dalam tiga penampilan sejak menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan kedua.

Kunimoto sudah pun menjaringkan dua gol bersama JDT.

“Sepatah dua kata tentang pemain samurai kita? Kunimoto okay ke tak? Dah mula merisaukan pula tengok,” soal Nur Fzz Ai.

“Mungkin sebab belum serasi, kalau tidak tak akan TMJ ambil dia,” luah Anemz Fienem.

Tengok game semalam (Sabtu) kalau penilaian dia main santai, game sebenar dia di ACL nanti,” jelas Man JDT.

“Bagi dia masa, dia masih baru, buat masa sekarang dia okay dan masih muda lagi,” kata Eijam Moxster.

Selepas inI JDT akan bertemu PDRM FC sebelum kembali ke saingan ACL menetang BG Pathum United untuk mengutip tiga mata pertama dalam kejohanan itu pada 3 Oktober depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan saja-saja, tapi ada sebab Fadzrul Danel, Nijey dan Azmi Muslim dianggap ‘underrated’ – Sukan

Next Post

Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia: Deaf Tiger mula langkah kiri, hampir ikat Amerika Syarikat – Sukan

Related Posts