‘Benda dah 4 bulan kenapa baru sekarang?’, ejen persoal tindakan FAM gantung Faisal Halim – Sukan


MISI Selangor FC untuk mengukuhkan kedudukan di tempat kedua saingan Liga Super sedikit terjejas apabila difahamkan pemain utama Gergasi Merah, Faisal Halim berkemungkinan akan digantung perlawanan nanti.

Insiden yang menimpa kepada penyerang sayap itu berlaku apabila dipercayai kerana melakukan kesalahan pada aksi Liga Super sebelum dan lebih mengejutkan Faisal difahamkan akan digantung dalam tempoh sebulan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).,

Berdasarkan khabar angin yang tersebar di media sosial, ramai penyokong bola sepak tanah air mendakwa bahawa kesalahan tersebut berlaku ketika separuh akhir Piala FA yang menyaksikan Selangor tewas 0-4 di tangan Johor Darul Takzim (JDT).

Ketika aksi Piala FA itu, ada dakwaan mengatakan bahawa bekas pemain Terengganu FC itu bertindak luar kawalan dengan menyentuh pengadil perlawanan sehingga perkara tersebut mendapat perhatian pihak FAM.

Tampil mengesahkan perkara sebenar berhubung isu penggantungan Faisal, ejennya yang dikenali sebagai Joe Berbatov berkongsi bahawa ada sebab lain pemain kebangsaan tersebut dipanggil badan induk berkenaan.

Tangkap layar hantaran Faisal di laman Insta Story.

Joe berkata, komen pemain kelahiran Pulau Pinang yang berbunyi ‘kami tahu ramai yang ingin menjatuhkan pasukan Selangor, ramai yang tak senang hati dengan pasukan Selangor’ menjadi punca dirinya akan menerima hukuman dari FAM.

Kenyataan Faisal itu dibuat perlawanan Liga Super tewas 1-2 di tangan Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 27 April lalu.

“Kemungkinan besar Faisal akan digantung oleh pihak FAM. Setakat ini tiada kata putus lagi badan induk berkenaan namun khabarnya begitulah. Bukan masalah luar masalah semasa Piala FA tapi semasa dia komen selepas perlawanan di Likas.

“Masalahnya Faisal tidak menyebut nama sesiapa pun dalam kenyataan itu. Tapi sebab itulah FAM nak gantung sebulan Faisal Halim. Persoalannya, kenapa buat sekarang kerana benda itu berlaku sekitar empat bulan lalu,” katanya kepada Majoriti.

Namun, seandainya hukuman itu benar-benar dikenakan, pemain berkenaan bakal membuat satu sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar dan sekali gus mengelak daripada timbul dakwaan lain.

“Kami tengah tunggu dari pihak FAM dahulu sama ada nak teruskan hukuman tersebut. Jika betul nak teruskan hukuman tersebut, pihak Faisal mungkin akan laksanakan sidang media untuk jelaskan perkara tersebut,” tambahnya.

Tangkap layar hantaran Faisal di laman Insta Story.

Sebelum ini, ejen pemain itu turut meluahkan rasa tidak puas hati di media sosialnya terhadap FAM yang disifatkan seperti tidak menghargai jasa dan pengorbanan Faisal untuk Harimau Malaya.

Kekecewaan ejen terkenal tanah air itu terhadap tindakan badan induk berkenaan membuatkan dia menyarankan agar Faisal untuk bersara daripada menyarung jersi skuad kebangsaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bojan sah berhijrah ke Indonesia, 4 coach Liga M pernah bersama kelab Indonesia – Sukan

Next Post

Hanya miliki Fayadh sebagai ‘wing’ kiri, Sang Kenari ada hajat ‘loan’ wajah baharu – Sukan

Related Posts