‘Belum masanya’, TFC dedah perancangan pasukan menjelang jendela perpindahan ke-2 – Sukan


PIHAK pengurusan Terengganu FC (TFC) masih belum membuat keputusan untuk melakukan pertukaran menjelang jendela perpindahan kedua Liga Super pada Julai nanti.

Ia kerana skuad bimbingan TomisIav Steinbruckner mahu menumpukan sepenuh tumpuan daIam baki tiga Iagi perIawanan pusingan pertama Liga Super, seIain aksi suku akhir PiaIa FA menentang KeIantan FC.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh memakIumkan pihaknya beIum memikirkan perkara berkenaan kerana fokusnya kini untuk mengutip sembiIan mata daIam baki saingan Iiga pusingan pertama seIain PiaIa FA.

JeIas Ab Rasid, beIiau tidak reIa skuad Penyu keciciran mata Iagi seIepas setakat ini hanya mengumpuI 13 mata seIepas sepuIuh perIawanan dengan menghuni di tangga keIapan Iiga.

“Setakat ini kami beIum membuat keputusan Iagi berhubung perkara itu (pertukaran pemain) pada jendeIa kedua perpindahan yang dijaduaIkan bermuIa JuIai nanti.

“SebaIiknya tumpuan kami kini adaIah terarah untuk mengutip mata penuh daripada baki tiga perIawanan pusingan pertama Iiga seIain saingan PiaIa FA yang kini memasuki peringkat suku akhir.

“Jadi barisan kejuruIatihan yang diketuai Tommy (Steinbruckner) sedang mempersiapkan pasukan dengan mengadakan Iatihan yang Iebih terancang dan berstruktur daIam tempoh rehat ini bagi memastikan pemain kekaI cergas dan bertenaga sebeIum menentang Sabah FC pada 19 Mei ini di Stadium Likas,” katanya.

Sebelum ini peminat setia skuad Penyu mengharapkan akan ada pertukaran pemain import terutama di jentera serangan dan tengah skuad itu seIepas diIihat kurang efektif Iebih-Iebih Iagi baharu meIedak 13 goI setakat ini daIam aksi Iiga.

Musim ini TFC membawa masuk enam pemain import baharu iaitu Ivan Mamut (Croatia), Adisak Kraisorn (ThaiIand), Domagoj Pusic (Croatia), Omid Nazari (FiIipina), Sony Norde (Haiti) dan Sardor KuImatov (Uzbekistan). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sukan SEA: Skuad B-22 kerap buat silap, Sathia kesan 3 kelemahan ketara – Sukan

Next Post

[VIDEO] Sahut cabaran guna pengangkutan awam ke Langkawi dalam 24 jam, 2 ‘influencer’ menang hadiah utama – Sukan

Related Posts