Belum buahkan hasil, import Brazil sekadar cemerlang di latihan Sri Pahang – Sukan


KEHADIRAN pemain import, Rafael da Silva Souza ke Sri Pahang FC pada jendela perpindahan Julai lalu membawa seribu harapan buat skuad Tok Gajah untuk menjadi lebih efisen di bahagian serangan.

Harapan itu muncul apabila pada musim 2019, Rafael muncul sebagai salah seorang penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia dengan rekod 14 gol ketika bergelar sebagai pemain Barito Putera.

Namun jangkaan tinggi tersebut akhirnya meleset apabila pemain berusia 32 tahun itu masih belum dapat menjalankan tugas sebagai penyerang dengan sebaiknya apabila gagal memberi sebarang gol.

Bukan hanya tidak menjaringkan sebarang gol, malah pemain kelahiran Brazil itu hanya diturunkan dalam dua perlawanan Liga Super dan selebihnya banyak digunakan untuk saingan Piala MFL.

Rafael baru diturunkan dalam dua aksi Liga Super musim ini. — Facebook/SriPahang

Dalam satu hantaran di Facebook Sri Pahang, Rafael sekali lagi mencuri tumpuan penyokong Tok Gajah apabila dilihat seperti memberikan prestasi cemerlang ketika sesi latihan namun tidak diterjemahkan di atas padang.

Menerusi satu gambar yang dimuat naik Sri Pahang, pergerakannya yang laju ketika sesi latihan mendapat pujian daripada penyokong namun kecewa apabila ia tidak membuahkan hasil ketika di hadapan gawang lawan.

“Laju pergerakan dia. Sampai cameraman tak dapat nak tangkap betul,” kata penyokong, Tengku Rafael.

“Masa latihan sahaja laju. Masa perlawanan pula duduk dekat bangku simpanan sahaja,” tambah penyokong Tok Gajah, Azmi Harun.

“Laju lari score tak laju pun,” luah penyokong menggunakan nama akaun, Kman Ibrahim.

Ketika ini Pahang hanya mengharapkan pemain kelahiran Liberia, Kpah Sherman sebagai penyerang disebabkan Rafael masih tidak memberikan sebarang impak kepada skuad Tok Gajah, sementara Lucas Silva juga melalui masalah sama.

Skuad Tok Gajah di bawah bimbingan Fandi Ahmad ketika ini menduduki tangga kelima Liga Super dengan 11 kemenangan, empat keputusan seri dan empat kekalahan selepas mengharungi 20 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekas bintang JDT akui teruja bakal bertemu Neymar di pentas ACL – Sukan

Next Post

Malap di peringkat kelab, tapi 3 pemain termasuk Akhyar bersinar setiap kali bersama HM – Sukan

Related Posts