Bekas winger Selangor tak dapat tolong, tapi pemerhati kongsi 3 solusi atasi masalah area midfield TFC – Sukan


TERENGGANU FC mencipta tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas dihimpit prestasi tidak menentu dan kurang memberangsangkan dalam lima perlawanan awal liga musim ini.

Begitupun skuad Sang Penyu tidak boleh berasa selesa dengan prestasi keseluruhan pasukan buat masa ini.

Ini kerana mereka masih perlu berdepan pencabar liga termasuk Selangor FC, Sri Pahang FC dan Sabah FC dalam perlawanan seterusnya.

Kemenangan ke atas pasukan kecil seperti PDRM FC, Kelantan United dan Kuching City tidak boleh dijadikan kayu pengukur kekuatan sebenar TFC.

Pemerhati sukan, Awang Jerangau menerusi ulasan di laman Facebook TFC Data Hub berkongsikan kelemahan skuad Sang Penyu yang dikenal pasti di bahagian tengah (zon 14) atau dikenali sebagai ‘hole’.

Kelemahan skuad Sang Penyu yang dikenal pasti di bahagian tengah (zon 14). — Facebook/ TFC Data Hub

“Zon ini yang sangat bermasalah, oleh sebab itu, pergerakan pemain tanpa bola dan combination play di kotak penalti menjadi teruk.

“Tiada satu pun assist di zon 14, di mana zon tersebut adalah tempat yang paling ideal untuk memudahkan jaringan terhasil.

“Main bola kalau tiada assist di zon ini, masalah besar lah tu. Paling kurang second assist,” tulisnya di Facebook TFC Data Hub.

Awang Jerangau berpendapat ada tiga penyelesaian yang boleh diambil pihak kejurulatihan bagi atasi masalah di bahagian tengah skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner itu.

Mintah berjaya menyumbang dua gol ketika perlawanan menentang Kuching City FC pada Ahad. — Facebook/TerengganuFC

1) Peranan pemain No 10

Memandangkan bahagian zon 14 adalah bahagian paling efektif untuk menjaringkan gol, perlu ada pemain yang bersedia untuk menerima bola di kawasan itu.

Peranan tersebut disebut sebagai No. 10 dan ia nampak ketara bahawa TFC tiada pemain selayaknya beraksi di situ.

Forward pass yang pantas amat sesuai dengan abiliti Jordan Mintah, Adisak Kraisorn dan Ivan Mamut untuk menghasilkan jaringan.

Liridon Krasniqi tidak akan ada di situ kerana dia hanya bermula di kawasan tengah sebagai double pivot bersama Habib Haroon.

Syafiq Ismail (kanan) masih dianggap sangat lemah dalam penyudah dan kepantasan membuat keputusan. — Facebook/ Terengganu FC

2) Playmaker di bahagian tengah

Apabila beraksi di belakang tiga serangkai serangan (front 3), perlu ada playmaker untuk menjana serangan melalui pemain yang berperanan sebagai No 10.

Playmaker itu harus cepat membuat keputusan. Apabila meletakkan pemain yang bertindak melebihi tiga saat, itu adalah masalah seperti yang berlaku dalam permainan ketika ini.

Kerap kali Adisak, Mintah dan Mamut kecewa apabila bola tidak sampai ke dalam box atau di kaki mereka hasil kegagalan pemain tengah menggerakkan bola yang sekali gus memberi ruang kepada lawan melakukan serangan balas.

Oleh itu, daripada membazirkan tiga penyerang di hadapan, alangkah baiknya seorang playmaker bertindak di belakang dua penyerang sama ada striker atau flanker.

Ini sekali gus memberi ruang kepada double pivot selesa menguasai tengah sebagai linker dan runner bukannya creator chances.

Kekurangan daripada aspek fizikal menyebabkan Faiz tidak boleh menbawa peranan No 10 dalam skuad TFC. — Facebook/ Terengganu FC

3) Dapatkan pemain import baharu

Memandangkan tiada pemain sedia ada sesuai untuk mengisi posisi berkenaan, TFC perlu mendapatkan pemain baharu pada jendela perpindahan kedua nanti.

Posisi berkenaan wajar diisi dengan pemain import yang berkualiti dan boleh bermain sebaiknya mengikut taktikal Tomislav.

Buat masa ini, pemain sayap TFC, Faiz Nasir juga dirasakan tidak dapat membantu pasukan jika perlu bermain dalam posisi berkenaan.

Faiz yang juga bekas pemain sayap Selangor dirasakan kurang sesuai kerana fizikalnya yang kecil akan menyukarkan dia untuk berada di antara tengah dan pertahanan pihak lawan.

Meskipun pemain berusia 30 tahun itu memiliki skil gelecekan bola yang bagus, dia dirasakan akan mudah tewas dengan lawan kerana saiz tubuhnya yang kecil.

Oleh itu, Awang Jerangau berpendapat tiga solusi itu boleh menjadi solusi terbaik TFC ketika ini untuk mengatasi masalah bahagian Sang Penyu.

Terengganu FC menduduki tangga kelima carta Liga Super dengan kutipan 13 mata setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘ALLAH masih sayang’, Khalid Jamlus terselamat nahas bas – Sukan

Next Post

‘Keputusan untuk datang ke Penang adalah yang terbaik dalam karier saya’ – Sukan

Related Posts