Bekas ‘winger’ Kedah perlu tingkatkan kualiti jika mahu rampas posisi Saddil Ramdani – Sukan


‘PERAM’ pemain sering menjadi topik perdebatan dalam kalangan penyokong Liga Malaysia (Liga M) yang mana rata-ratanya akan meletakkan kesalahan tersebut di bahu barisan kejurulatihan.

Situasi pemain yang banyak memanaskan bangku simpanan tidak boleh disalahkan terus kepada pihak kejurulatihan kerana pemain juga ada salahnya apabila tidak menunjukkan kualiti mereka ketika diberi peluang ataupun ketika sesi latihan.

Persembahan kurang memuaskan ketika sesi latihan boleh menyebabkan mereka tidak mendapat peluang untuk menjadi kesebelasan utama mahupun bermain sebagai tonggak gantian.

Oleh itu, ada situasi yang mana jurulatih akan kekal menggunakan tonggak sama di posisi tertentu kerana kualiti yang dimiliknya walaupun ada pemain boleh menjadi backup.

Seperti yang berlaku di kem Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee gemar menggunakan khidmat pemain import Indonesia, Saddil Ramdani di bahagian sayap kiri walaupun hakikatnya ada pemain lain seperti Farhan Roslan boleh mengisi posisi tersebut.

Jika dibandingkan dengan Saddil yang kini sudah tampil dalam 13 perlawanan dan menyumbangkan enam gol serta tujuh hantaran bantuan, Farhan pula hanya diturunkan sebanyak enam kali dalam saingan Liga Super.

Jurang dari segi bilangan perlawanan kedua-dua tonggak sayap kiri itu terlalu jauh dan setakat ini Farhan juga masih tidak menyumbangkan apa-apa gol mahupun hantaran bantuan seperti Saddil.

Saddil antara ayam tambatan Sabah FC di bahagian serangan pada musim ini. — Facebook/SabahFC

Melihat kepada pandangan penyokong, mereka berasakan pendekatan Kim Swee yang jarang menurunkan Farhan adalah punca dia merosot pada tahun keduanya bersama The Rhinos.

Tetapi, adalah salah untuk berkata demikian memandangkan Farhan juga perlu meningkatkan mutu permainannya bagi ingin merebut posisi dari Saddil dan menjadi antara pemain utama Sabah pada musim ini.

Antara cara yang boleh dilakukannya adalah dengan menjaga kecergasannya sebagai seorang pemain dengan melakukan latihan peribadi lebih banyak bagi menarik lagi perhatian barisan kejurulatihan Sang Badak.

Selain itu, walaupun dia seorang pemain sayap, Farhan juga perlu menggilap kebolehannya dari segi pertahanan memandangkan taktikal Kim Swee mahukan anak-anak buahnya cemerlang dalam kesemua aspek.

Farhan perlu meningkatkan mutu persembahannya. — Facebook/SabahFC

Farhan yang menyertai Sabah pada musim 2022 dari Kelantan FC memberikan persembahan agak memuaskan di musim pertamanya dengan tampil dalam 11 perlawanan Liga Super dan merekodkan satu gol serta satu hantaran bantuan.

Malah, untuk mengatakan Farhan seorang pemain yang tidak berkualiti juga agak keterlaluan apabila sebelum ini dia dikenali kerana kelicikannya memperdayakan pertahanan lawan sehingga mendapat gelaran ‘Messi Kedah’ oleh rakan dan juga pegawai pasukan.

Jika Farhan kembali dengan prestasi terbaiknya, dia mampu memberi pelbagai pilihan buat Sabah FC di posisi tersebut dan setidak-tidaknya menjadi backup jika Saddil ditimpa kecederaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kelantan FC kena sailang, ‘dendam’ NSFC terlerai terlepas ikat ex-Kedah – Sukan

Next Post

Bawa import ramai-ramai, pakar yakin Kelantan FC ada strategi tersendiri – Sukan

Related Posts