Bekas tonggak Gergasi Merah puji, teruja saksikan aksi Amirul Hisyam di Darul Aman – Sukan


MESKIPUN pelbagai usaha dibuat, Kedah Darul Aman (KDA) FC terpaksa menelan realiti pahit apabila mereka tewas 0-1 di laman sendiri kepada Selangor FC pada Sabtu.

Kecemerlangan penjaga gol pasukan pelawat, Sam Somerville sepanjang permainan menyaksikan jentera serangan tuan rumah dikecewakan beberapa kali.

Bagaimanapun, kredit masih perlu diberikan kepada anak-anak buah Nafuzi Zain yang begitu cemerlang dalam peranan tersendiri.

Antara yang sememangnya wajar diberikan pujian ialah pemain tengah skuad Sang Kenari, Amirul Hisyan Awang Kechik dengan kehadirannya kerap menyukarkan serangan Selangor FC.

Dia yang diturunkan di samping pemain import, Moses Atede beraksi dengan cemerlang dalam mematahkan gerakan pihak lawan diketuai Ayron del Valle dan Faisal Halim.

Malah, pemain berusia 28 tahun tersebut juga hampir memecahkan kebuntuan pada separuh masa pertama menerusi satu percubaan dari luar kotak, namun berjaya ditepis Somerville.

Shahrom Kalam teruja melihat aksi dipamerkan Amirul Hisyam.

Berdasarkan tinjauan di media sosial, Amirul Hisyam atau lebih dikenali sebagai Worm menerima pujian daripada penyokong Hijau Kuning serta peminat setia skuad Gergasi Merah.

Lebih menarik lagi, bekas pemain Selangor FC, Shahrom Kalam turut berpeluang memberikannya kata-kata semangat menerusi satu ciapan di laman X peribadinya.

“Dah lama tidak saksikan Amirul Hisyam ni. Puas hati tengok dia beraksi sebagai pemain tengah bertahan Kedah.

“Semasa dalam skuad kebangsaan, dia merupakan antara yang merendah diri, selalu bertanya untuk tambah baik diri sendiri dan disiplin yang bagus, teruskan berjuang Worm!” katanya.

Musim ini, Amirul Hisyam kurang diberikan peluang dalam skuad Sang Kenari apabila dia terpaksa bersaing dengan pemain import, termasuk Moses dan Amirbek Juraboev.

Namun, setiap kali diturunkan, anak jati Kedah itu sering menampilkan aksi terbaik dengan kebolehannya untuk membaca gerakan lawan merupakan kunci utama buatnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Gara-gara cemas, ‘keeper’ kelab Jerman terjaringkan gol sendiri secara unik – Sukan

Next Post

Selesai hantar dokumen gaji tertunggak, Zamsaham pernah nak ‘sponsor’ FAM beli VAR – Sukan

Related Posts