Bekas penyerang KDA FC buat ‘comeback’ di Liga Thai – Sukan


BEKAS bintang import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Dennis Buschening nampaknya sudah kembali pulih dari kecederaan yang dialaminya apabila mengesahkan bahawa dia akan beraksi bersama kelab liga Divisyen Tiga Thailand, MH Nakhonsi City FC.

Menerusi perkongsian dari laman Facebook milik pemain berusia 31 tahun itu, dia menyatakan terima kasihnya kerana dapat kembali bermain bola sepak selepas kecederaan Tendon Achiles.

“Kembali kepada asal usul. Terima kasih Tuhan untuk segalanya,” kongsinya pada laman Facebook miliknya.

Tangkap layar hantaran dari Buschening.

Pemain kelahiran Jerman yang mempunyai kerakyatan Thailand itu akan beraksi bersama kelab divisyen tiga, MH Nakhonsi City FC untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan berkenaan.

Pasukan baharu bekas pemain skuad remaja Borussia Dortmund itu kini berada pada kedudukan ketujuh dalam saingan liga dengan mengumpul sebanyak 15 mata.

Beraksi di Liga Thailand bukan pengalaman pertama Buschening berikutan sebelum ini dia pernah menyertai Buriram United, Police Tero, Army United, Siam Navy, Angthong FC, Chainat Hornbill FC sebelum berkelana di Liga Malaysia (Liga-M).

Sebelum menyertai skuad Sang Kenari pada musim 2022, bekas pemain skuad bawah 17 (B-17) Jerman itu memberikan khidmatnya bersama skuad Sabah pada musim 2020, sebelum menyertai skuad UiTM FC pada musim 2021.

Buschening hanya sempat beraksi dalam dua perlawanan persahabatan dan mencetak satu gol bersama Kedah sebelum dia direhatkan selama enam bulan kerana perlu menjalani pembedahan akibat kecederaannya tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Soleen Al-Zou’bi jurulatih baharu skuad negara, Liga Wanita Nasional lebih kompetitif musim depan – Sukan

Next Post

‘Sabarlah, tidak lama lagi’, masa depan Saddil Ramdani bakal terungkai – Sukan

Related Posts