Bekas penyerang Harimau Muda beri ‘hint’ tak dibayar gaji oleh kelab Utara – Sukan


SEBUAH lagi pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia dikhabarkan mengalami masalah tunggakan gaji meskipun tidak bermain di Liga Super.

Dengan beraksi di liga amatur sahaja pasukan itu tidak mampu membayar gaji pemain meskipun tidak menandatangani sebarang bintang import.

Ini memberikan gambaran jelas bahawa pasukan daripada liga amatur belum bersedia untuk bersaing dalam Liga Super yang mana memerlukan bajet sekitar lima ke hingga 10 juta untuk satu musim.

Baru-baru ini, bekas penyerang Harimau Muda, Muhammad Zafuan Azeman memuat naik status dalam Facebook bersama emoji duit seakan-akan memberi petanda berlakunya isu tunggakan gaji.

Bukan itu sahaja, bekas penyerang Uthai Thani tersebut turut ‘tag’ nama pasukan yang sedang diwakilinya ketika ini.

Tangkap layar posting Zafuan dalam Facebook.

Sebelum ini, Zafuan memulakan ‘debut’ bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan tidak pernah menjaringkan gol buat Sang Kenari itu.

Pada 2019, pemain kelahiran Kangar, Perlis itu sertai Perlis FA sebelum berhijrah ke Thailand bersama Angthong FC, Penang FC, Kelantan United dan Uthai Thani.

Musim ini, Zafuan kembali ke negeri kelahirannya dengan menyertai Perlis United dan berjaya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan terakhir.

Perlis United dalam Liga M3 menduduki tangga kelapan dan merekodkan sembilan kemenangan, lima seri serta 10 kekalahan dalam 24 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kehadiran Jurgen Klinsmann ke Iskandar Puteri bukti mutu skuad HM makin meningkat — Kim Pan-gon – Sukan

Next Post

Aksi Perak FC pernah jadi platform bintang import lawan pikat coach skuad Gambia – Sukan

Related Posts