Bekas kapten Perak kahwini artis tempatan – Sukan


BEKAS kapten Perak FA, Nasir Basharudin sah menjadi suami selepas diijab kabulkan bersama seorang artis tempatan. Annie Mosha dalam sebuah majlis pada Isnin.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi hantaran di laman media sosial peribadi kedua-dua mempelai, termasuk beberapa kenalan yang sempat menyertai resepsi mereka.

Antara yang turut berada dalam majis itu ialah pelakon terkenal, Janna Nick yang merupakan seorang sahabat rapat dengan Annie ketika kedua-dua mereka bersama dalam drama bersiri, Leftenan Zana.

“Sahabat saya dah kawin! Semoga kekal sampai syurga @annie_mosha & Achey,” tulis Janna di Instagram.

Sepanjang kariernya, Nasir yang juga lebih dikenali sebagai Acer berada di tanah kelahirannya selama hampir 10 tahun sebelum berhijrah pada 2019.

Nasir (tengah) merupakan antara pemain setia buat skuad TBG.

Perkara tersebut dilihat berpunca daripada masalah kewangan yang dihadapi Perak FA sehingga mereka dikenakan denda, termasuk pemotongan mata dan sekatan perpindahan.

Musim lalu, pemain berusia 32 tahun itu terikat bersama Petaling Jaya (PJ) City FC, namun gagal untuk memberi sebarang impak selepas dilanda kecederaan.

Hal itu dapat disaksikan apabila Nasir hanya diturunkan dalam enam aksi Liga Super dengan satu bantuan gol ketika berdepan Sabah FC pada Mac 2022 menjadi sumbangannya di hadapan pintu gol lawan.

Nama Nasir pastinya sukar dilupakan penyokong The Bos Gaurus (TBG) apabila dia turut beraksi ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 yang juga merupakan trofi terakhir dijulang pasukan itu.

Tetapi, dengan usianya semakin meningkat, Acer dilihat tidak menerima tawaran daripada mana-mana pasukan meskipun apabila sudah dilepaskan PJ City FC yang tidak lagi bersaing secara profesional musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Idolanya bukan kaleng-kaleng, Willian Lira dedah misi bersama KDA FC – Sukan

Next Post

Keserasian Shahrel Fikri, 2 lagi bintang jadi tumpuan aksi pramusim NSFC-Penang FC – Sukan

Related Posts