Bekas GK kebangsaan Sang Garuda terpaksa jual medal demi ubati penyakit mata – Sukan


PENDERITAAN yang dialami bekas penjaga gol Kebangsaan Indonesia, Kurnei Meiga mendapat tumpuan Datuk Bandar Kota Malang, Sutiaji yang meluahkan kebimbangannya terhadap bekas pemain tersebut.

Sutiaji berkata, beliau bimbang apabila mengetahui berita terkini mengenai bekas penjaga gol legenda Arema FC, Kurnia Meiga yang mana menjual kesemua pingatnya untuk perbelanjaan perubatan.

Disebabkan mengalami masalah kesihatan mata, Kurnia Meiga terpaksa bersara dari dunia bola sepak seawal usia 27 tahun.

Atas sebab ini, Sutiaji akan mencari penyelesaian terbaik untuk membantu bekas penjaga gol kebangsaan Indonesia itu.

“Saya sangat prihatin, saya akan cuba berbincang dengan beberapa pihak untuk mencari penyelesaian terbaik.

“Saya mendapat maklumat sebelum ini tiada yang menghulurkan bantuan, baik daripada kelab yang pernah diwakilinya,” kata Sutiaji pada Sabtu.

Sutiaji mengakui sedih apabila mendengar Kurnia Meiga bercadang untuk menjual kesemua pingatnya, sedangkan dia pernah menjadi kebanggaan rakyat Malang dan Indonesia ketika mempertahankan pasukan kebangsaan.

Kurnia Meiga ketika mewakili pasukan Indonesia. — Agensi

Tambahnya lagi, apabila beliau menghubungi Kurnia Meiga menerusi nombor yang berada di laman Instagram peribadinya susah untuk mendapat maklum balas.

Sutiaji yang menghubungi Kurnia Meiga beberapa kali, tidak mendapat respon sehingga beliau menggelarkan dirinya sebagai Datuk Bandar Kota Malang.

“Saya telefon beberapa kali, mula-mula tak jawab. Selepas itu saya kata saya datuk Bandar Kota Malang baru ada jawapan,” jelasnya.

Dalam perbualan ringkas itu, Sutiaji menerima maklumat bahawa bekas penjaga gol pasukan kebangsaan Indonesia itu bercadang untuk ke Banten bagi mendapatkan rawatan.

“Saya diberitahu dia mahu pergi ke Banten untuk mendapatkan rawatan kerana sakit mata.

“Sutiaji turut meminta kebenaran untuk menjual ke semua pingat miliknya, seperti yang dimuat naik di dalam akaun Instagram,” ujarnya.

Sutiaji mendedahkan, Kurnia Meiga bukan sahaja susah untuk menampung kos rawatan mata itu, tetapi satu lagi masalah, ialah keadaan rumahnya yang rosak akibat bencana.

“Rumah dia juga mengalami kerosakkan, hanya tinggal satu bilik tidur untuk anaknya,” luahnya.

Melihat keadaan semasa Kurnia Meiga, Sutiaji cuba berhubung dengan doktor untuk mencari penyelesaian bagi penyakit itu.

“Nanti saya akan berhubung dengan pakar mata, kalau ada kes seperti yang dihadapi Kurnia Meiga. Sudah tentu kita akan fikirkan masalah ini, kita sudah sampaikan kepada isterinya,” luahnya Sutiaji.

Sebelum ini, media melaporkan Kurnia Meiga terpaksa menjual pingat berharganya menerusi laman Instagram bagi menampung kos rawatan mata. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekas rakan Mat Yo antara 3 bintang import terbaik kelab bawahan Thailand untuk Liga M – Sukan

Next Post

Sedekah Al-fatihah buat Muhammad Aryan Affan, Syazwan Andik mohon doakan bayi syurga – Sukan

Related Posts