Bek kental Serie A perlu selesaikan misi negara sebelum sarung jersi Man United – Sukan


TONGGAK pertahanan Korea Selatan, Kim Min-jae bersedia untuk menyelesaikan perkhidmatan ketenteraan wajib di tanah airnya sebelum memuktamadkan perpindahannya ke Old Trafford.

Pemain Napoli itu antara pemain yang dikaitkan akan menyarung jersi Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini dan Min-jae dijangka bernilai RM295.51 juta (€60 juta).

Pemain pertahanan tengah berusia 26 tahun itu baru-baru ini mengucapkan selamat tinggal kepada kelabnya, Napoli selepas musim yang berjaya dengan menyaksikan mereka merangkul kejuaraan Serie A pada 2022-23.

Bagaimanapun, sebelum menyertai kelab baharunya, Min-jae perlu memenuhi kewajipan perkhidmatan tenteranya di Korea Selatan.

Oleh itu, dia difahamkan juga tidak dapat tampil bersama pasukan kebangsaan Korea Selatan buat sementara waktu untuk tugasan antarabangsa susulan panggilan khidmat tentera itu.

Min-jae tiba di kelab Itali itu pada musim panas 2022, sebagai pengganti Kalidou Koulibaly yang berlepas ke Chelsea namun impaknya dan sumbangannya untuk pasukan tidak dapat dilupakan.

Sepanjang penampilannya di Serie A dan Piala Dunia FIFA di Qatar, persembahan Min-jae menarik perhatian kelab-kelab terkemuka termasuk pasukan gergasi Eropah.

Bek kental itu mempamerkan kemahiran dan kebolehannya di atas padang, dan dijangka mampu meningkatkan barisan pertahanan Manchester United. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘No Cools, no problem’, medan ‘tanker’ muda JDT tunjuk taring aksi bersama HM – Sukan

Next Post

Serik tewas dengan PDRM, Gergasi Merah diingatkan tidak perlekeh lawan ‘underdog’ – Sukan

Related Posts