Bebas kecederaan, Nafuzi Zain hanya mampu berharap Rahadiazli dapat beraksi di final Piala FA – Sukan


TERENGGANU FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas penjaga gol utamanya, Rahadiazli Rahalim yang cedera dan pengsan ketika perlawanan Liga Super menentang Melaka United FC pada Sabtu disahkan bebas daripada kecederaan serius.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, keadaan penjaga gol skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) itu kini semakin stabil dan sedar sepenuhnya.

Malah beliau juga telah dipindahkan dari wad kecemasan ke wad biasa selepas pemeriksaan mendapati tiada sebarang pendarahan dalaman atau keretakan di mana-mana bahagian badan mahupun kepalanya.

“Insiden tersebut sememangnya mendebarkan kerana TFC bakal menghadapi perlawanan akhir Piala FA dengan Johor Darul Takzim Sabtu ini.

“Walaupun bebas kecederaan, beliau (Rahadiazli) masih belum dibenarkan pulang oleh pasukan perubatan untuk pemantauan dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Rahadiazli dikejarkan ke hospital ekoran kecederaan yang dialami. — Facebook

Rahadiazli tercedera selepas bertembung dengan pemain gantian skuad Hang Tuah, Harith Naem Jaineh pada minit ke-46 ketika dia cuba menyelamatkan bola di dalam kotak penalti.

Sementara itu, pengendali skuad Penyu, Nafuzi berkata, berita tersebut semestinya melegakan pasukan dan juga penyokong skuad hitam putih yang sangat teruja menantikan detik perlawanan akhir Piala FA yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

“Belum pasti sama ada Rahadiazli dapat bersama-sama kami menjalani latihan esok. Tetapi pasukan ada dua penjaga gol yang biasa kami buat penggiliran iaitu Suhaimi Husin yang jumlah perlawanan terkumpul adalah lebih kurang sama sahaja.

“Sudah tentu saya mahu Rahadiazli bermain di final, tetapi jika keadaan tak mengizinkan kami ada dua lagi penjaga gol iaitu Suhaimi dan Sharmiza Yusof yang sedia diturunkan bila-bila masa,” katanya ketika dihubungi. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Cerdik’ lawan Selangor, JDT ‘simpan kuku’ bertemu TFC – Sukan

Next Post

Rahadiazli ada atau tidak, JDT tetap pilihan juara Piala FA – Sukan

Related Posts