BBC tidak sengaja papar imej tak senonoh unta sedang mengawan pada sepanduk Mo Salah

SEPANDUK Liverpool milik Mo Salah menunjukkan unta sedang ‘mengawan’ di Wembley dalam kesilapan BBC

BBC berhadapan situasi cukup memalukan apabila kamera memotong daripada mengambil paparan sepanduk Mohamed Salah dengan animasi tidak senonoh.

Pengarah televisyen bagaimanapun tidak perasan mengenai gambar dua ekor unta kelihatan melakukan hubungan seks di latar belakang karya seni itu.

Ia dengan cepat menjadi jelas bahawa di sebalik karikatur Salah terdapat dua ekor unta yang berada di belakang sedang bercinta di sebelah piramid.

Salah telah dipaksa keluar kerana kecederaan pada separuh masa pertama perlawanan akhir Piala FA.

Tetapi apabila Salah digantikan oleh Jota, peminat bola sepak tidak berpuas hati dengan sepanduk yang telah ditunjukkan.

“Ayooo ada sesiapa nampak sepanduk Salah dengan unta di belakang.

“Tidak pasti jurukamera itu melihat unta-unta berlatar belakang sepanduk Salah itu,” tambah komen netizen yang terkejut dengan kejadian itu. – MIRROR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts