‘Baru tahu kenapa tak dapat kesebelasan utama JDT’, aksi kurang cergas Safawi Rasid jadi bualan penyokong – Sukan


PERSEDIAAN Harimau Malaya untuk menghadapi Piala AFF 2022 dilihat semakin menyakinkan penyokong bola sepak negara apabila berjaya menewaskan Maldives, 3-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dua jaringan awal berharga itu disumbangkan oleh pemain kacukan England-Malaysia, Darren Lok pada minit ke-24, manakala memasuki babak kedua pula tonggak sayap, Faisal Halim menjaringkan gol kedua buat Harimau Malaya.

Jaringan terakhir pula dicetak oleh pemain Sri Pahang FC, Lee Tuck pada minit ke 88 yang dihantar oleh rakannya Sergio Aguiero.

Berdepan Maldives yang kini menghuni tanga ke-154 dunia, Malaysia membuat sedikit perubahan pemain kesebelasan utama jika dibandingkan dengan perlawanan menentang Kemboja pada Jumaat lalu.

Kesebelasan utama Harimau Malaya pada perlawanan menentang Maldives. — Facebook/FAM

Pada perlawanan persahabatan kedua itu, pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon memberi kepercayaan kepada Safawi Rasid untuk menggalas amanah sebagai kapten pasukan Harimau Malaya.

Bagaimanapun, kepercayaan Pan-gon kepada Safawi itu tidak dipersetuji oleh para penyokong yang mana mereka melihat pemain Johor Darul Takzim (JDT) tersebut tidak memberikan persembahan cemerlang.

Sehinggakan ada penyokong berpendapat keputusan barisan kejurulatihan mengeluarkan pemain berusia 25 tahun itu pada separuh masa kedua dan digantikan dengan Tuck merupakan tindakan yang bijak.

Antara kritikan dilontarkan kepada pemain yang bakal beraksi bersama Liga 1 Thailand, Ratchaburi Thailand itu adalah mengekalkan kecergasannya sewaktu beraksi.

“Baru tahu kenapa Safawi susah nak dapat tempat kesebelasan utama JDT. Nampaklah lemau dia. Tercungap-cungap teruk. Pawi (Safawi) kene baiki stamina itu. Umur baru 25 tahun. Kena kerja keras lagi,” kata penyokong skuad kebangsaan, Aizat Azher.

“Itulah teringat latihan juga latihan intensiti tinggi JDT. Takkan dia tak boleh buat. Nampak sangat lemau. Dah tak relevan jadi sayap kanan. Susah nak jadi macam dulu dah. Nampak tak cergas,” komen Hayani Nurzati.

“Pawi itu baru kahwin. Memang nampak kelaut sikit. Apa-apapun beri dia peluang lagi. Untuk mengasah semula lututnya yang semakin tumpul,” kata penyokong Harimau Malaya, Zdeen Zdeen.

Meskipun tiada perubahan dari segi ranking, skuad kebangsaan berjaya mengumpul 2.32 mata untuk menambah baik kedudukan mereka sebelum kempen Piala Asia 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Maldives bukan tandingan, Korea Selatan pilihan uji skuad Piala Asia 2023 — Santokh Singh – Sukan

Next Post

Selain TFC, 2 lagi kelab diramal terperosok tangga tercorot Liga Super sebab lepaskan ‘key player’ – Sukan

Related Posts