Baru aksi pramusim, tapi penyokong dah beri kata dua kepada ‘otai’ Sang Penyu – Sukan


AKSI memberangsangkan yang ditunjukkan Terengganu FC ketika perlawanan persahabatan menentang Kelantan United FC (KUFC) dalam aksi pramusim pada Sabtu lalu, membuatkan penyokong Sang Penyu semakin ‘bernafsu’ untuk melihat persembahan seterusnya.

Jika aksi sebelum ini berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan, perlawanan persahabatan kedua akan diadakan di depan penyokong sendiri di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu pada Selasa.

Air tangan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner dalam menguji keserasian dan kemampuan anak-anak buahnya amat dinantikan penyokong yang berharap Terengganu FC dapat membolot satu lagi kemenangan.

Harapan itu tentunya diletakkan kepada keyplayer yang membuahkan jaringan pada perlawanan lepas iaitu import baharu, Ivan Mamut dan Domigoj Pusic yang masing-masing mencetak satu gol.

Ivan dan Pusic diharap dapat terus memberi persembahan menarik ketika aksi menentang KUFC pada Selasa. — Facebook

Penyokong juga ternanti-nanti aksi debut import dari Thailand, Adisak Kraisorn yang tidak diturunkan dalam perlawanan menentang skuad Kijang Hijau tempoh hari.

Di sebalik keterujaan itu, ada penyokong skuad Hitam Putih berharap penjaga gol, Suhaimi Husin dapat mempamerkan aksi lebih baik.

Ini kerana dalam perlawanan lepas, penjaga gol yang bersama Terengganu FC sejak 2015 itu kurang tangkas hingga menyebabkan gawang pasukan dibolosi menerusi jaringan pemain KUFC, Asraff Aliffuddin.

Rentetan itu, Suhaimi mendapat kritikan daripada penyokong kerana selalu teragak-agak ketika mahu mengeluarkan bola dari kawasan penalti.

Ada yang turut berpendapat agar aksi kali ini penjaga gol baharu, Syed Muhammad Nasrulhaq dari skuad Terengganu FC II dapat diuji bersama barisan pemain lain.

Selain Suhaimi dan Syed Muhammad Nasrulhaq, Terengganu FC memiliki bintang Harimau Malaya, Rahadiazli Rahalim sebagai penjaga gol utama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Keserasian Shahrel Fikri, 2 lagi bintang jadi tumpuan aksi pramusim NSFC-Penang FC – Sukan

Next Post

Bantuan RM1 bilion ke Sabah, Sarawak tepat pada masanya — Norazlinah – Sukan

Related Posts