Bantuan RM1 bilion ke Sabah, Sarawak tepat pada masanya — Norazlinah – Sukan


PERUNTUKAN sebanyak RM1 bilion yang dikeluarkan Kerajaan Pusat untuk menambah baik infrastruktur di sempadan Sabah dan Sarawak adalah satu langkah bijak dalam memperkukuhkan lagi tahap keselamatan di kedua-dua negeri itu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kunak, Norazlinah Arif.

Katanya, pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara itu baru-baru ini sangat dialu-alukan serta bakal menambah baik fasiliti di Sabah dan Sarawak.

“Ia akan turut meningkatkan tahap keselamatan antara Malaysia dan Kalimantan, Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, keputusan Indonesia untuk memindahkan ibu negaranya ke rantau tersebut yang akan selesai tidak lama lagi memaksa perubahan dibuat di kawasan sempadan dan peruntukan itu pastinya membantu.

“Dengan aktiviti ekonomi dijangka akan terus berkembang di sekitar kawasan terbabit, jenayah seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan bahan terlarang dan jenayah lain pasti akan turut meningkat,” katanya.

Jadi, kawalan sempadan yang lebih efektif selain infrastruktur bermutu amat diperlukan untuk memastikan keselamatan terpelihara selain membolehkan orang ramai menjalankan kehidupan dengan selesa.

Ketua Wanita Parti Warisan itu turut berkata, sebelum ini, pelbagai ancaman dapat dikenal pasti di sekitar perairan Sabah dan Sarawak dan ia perlu diberi penakanan yang lebih mendalam oleh kerajaan.

“Saya harap Kerajaan Pusat akan menjadi lebih proaktif dan meneruskan komitmen dalam memelihara keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.

20 Januari lalu, Anwar berkata, Kementerian Kewangan sudah memberikan pengesahan awal terhadap peruntukan tambahan bernilai RM1 bilion untuk menambah baik infrastruktur serta kebolehan kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sabah dan Sarawak. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Baru aksi pramusim, tapi penyokong dah beri kata dua kepada ‘otai’ Sang Penyu – Sukan

Related Posts