Bakal kembali beraksi, David de Gea pilih kelab ‘kampung’ berbanding ganti Onana di United – Sukan


BEKAS penjaga gol Manchester United, David de Gea dilaporkan telah bertemu pihak pengurusan CD Eldense yang beraksi dalam divisyen kedua Liga Sepanyol baru-baru ini.

Pemain berusia 33 tahun itu, sebelum ini menjadi ejen bebas sejak Julai lalu selepas gagal mencapai kata sepakat berkenaan kontrak baharu yang ditawarkan United.

Selain itu, De Gea turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Gergasi Arab Saudi, Al-Hilal yang berjaya membawa Neymar da Silva, Ruben Neves dan Sergej Milinkovic-Savic pada jendela perpindahan Ogos lalu.

Bukan itu sahaja, bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu turut dikaitkan kembali ke United dengan kontrak masa pendek untuk menggantikan Andre Onana yang akan menyertai skuad nasional Cameroon bagi kejohanan Piala Negara-Negara Afrika tahun depan.

Namun sejak akhir-akhir ini, De Gea dikhabarkan berjumpa Presiden CD Eldense, Pascual Perez bagi membincangkan projek serta masa depan kelab tersebut.

Menurut laporan, Mirror.co, penjaga gol itu turut berminat untuk melakukan pelaburan dalam pemilikan CD Eldense selepas Pascual Perez menyatakan hasrat mahu menjual pegangan saham kelab itu.

Musim pertama di La Liga2, Eldense berada pada kedudukan ke-11 dengan pungutan 22 mata selepas merekodkan enam kemenangan empat seri dan lima kekalahan dalam 15 perlawanan terakhir.

Selepas berkahwin dengan pilihan hati, Edurne Garcia, De Gea lebih memilih untuk beraksi dengan pasukan yang berdekatan dengan Sepanyol. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ejen import tak tolak bekas bintang Kedah bakal kembali, perjelas status Soony Saad ke Selangor – Sukan

Next Post

Siaran langsung hadapi gangguan, Bobie beri tawaran buat penyokong TBG – Sukan

Related Posts