Bakal ke kelab Pantai Timur, tonggak TRW kongsi hanya dapat elaun RM500, gaji 3 bulan masih tertunggak – Sukan


MASALAH dalaman Kelantan FC yang sehingga kini masih tidak menemui jalan penyelesaian nampaknya akan menyulitkan untuk kelab Pantai Timur itu mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi saingan Liga Super musim 2024.

Berdasarkan kenyataan dari Pengerusi Pelesenan Kelab Liga Bola Sepak Malaysa (MFL) First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, Kelantan perlu menyelesaikan bayaran tunggakan atau menyerahkan persetujuan bersama pemain dan pegawai pada 15 November 2023.

Jika masalah berkenaan akan berterusan, Kelantan mungkin tidak akan beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan jika masih gagal menunjukkan sebarang bukti pembayaran gaji tertunggak pemain.

Nampaknya isu tersebut akan terus bersambung apabila seorang pemain dari kelab berkenaan mendedahkan bahawa skuad The Red Warriors (TRW) masih belum melunaskan pembayaran gaji selama tiga bulan.

Lebih menyedihkan apabila dia mengatakan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman ataupun mesra dengan panggilan sebagai Zamsaham hanya memberi elaun sebanyak RM500 untuk para pemain.

Sebahagian pemain Kelantan FC musim ini. — Facebook/TRW

“Zamsaham ada jumpa semalam (seminggu lalu) di hotel. Dia tak cakap pasal gaji tapi ada bagi elaun sebanyak RM500 untuk tempoh tiga bulan tak dibayar gaji.

“Dah tiga bulan tak dapat gaji. Dia (Zamsaham) ada cakap mungkin ada masalah penaja tak masuk,” kata pemain berkenaan kepada Majoriti ketika ditemui selepas perlawanan bertemu Sabah FC pada 20 November lalu yang menyaksikan Kelantan tewas 0-7.

Susulan masalah dalaman berkenaan, pemain yang juga merupakan tonggak pasukan TRW itu berkongsi bahawa sudah mendapat tawaran daripada sebuah kelab berpangkalan di Pantai Timur pada musim depån.

Walaupun hatinya berat untuk meninggalkan negeri kelahiran sendiri namun pemain muda berkenaan sedar bahawa penghijrahan ke kelab lain dapat memberinya lebih kestabilan dari segi kewangan.

“Perasaan saya memang kecewa dengan negeri sendiri kan. Saya kekal sehingga kini pun sebab negeri sendiri, senang nak balik.

“Saya akan keluar musim depan. Memang dah pasti saya dapat tawaran daripada sebuah kelab Pantai Timur. Perasaan saya memang kecewa dengan kejatuhan sekarang, kalah besar. Kalah 8-0 dan 7-0,” jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bikin kecoh di MBPJ: Polis tahan 23 lelaki, salah seorang ‘wanted’ berkaitan kes bunuh – Sukan

Next Post

[VIDEO] Gara-gara layang satu kad merah, muka pengadil liga kampung habis lebam dipukul – Sukan

Related Posts