Bahana fitnah TRW di Facebook, kena infak lebih RM2,000 ke madrasah Kelantan – Sukan

TINDAKAN seorang lelaki melemparkan fitnah terhadap The Red Warriros (TRW) di akaun Facebook miliknya mengundang padah apabila dia didenda sebanyak RM2,057.25.

Pemangku Pengurus Operasi TRW Kelantan FC, Mohd Afiq Ab Manaf berkata, bagaimanapun menerusi notis tuntutan (letter of demand) daripada pihak peguam pasukan, kelab telah menuntut ganti rugi berjumlah RM10,000 daripada pesalah laku.

“Pesalah laku bagaimanapun telah memohon rayuan pengurangan penyelesaian sebanyak RM2,000 serta bersetuju untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya.

“Pihak kelab telah bersetuju dengan amaun pengurangan dan mengarahkan agar RM2,057.25 tersebut tidak dibayar kepada kelab, sebaliknya diinfakkan dengan pembelian barangan keperluan makanan harian di atas nilai yang sama untuk diserahkan kepada madrasah sekitar Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Permohonan maaf yang dilakukan secara terbuka oleh individu yang memfitnah TRW. — Facebook

Menurutnya, pihak pengurusan TRW memandang serius terhadap tohmahan yang tidak berasas dilemparkan ke atas kelab.

Beliau berkata, tindakan ini bukan untuk mengaut keuntungan atau mencari publisiti, sebaliknya TRW ingin memberi pengajaran kepada mana-mana individu atau pihak yang sewenang-wenangnya menabur fitnah.

Mohd Afiq berkata, tindakan ini diharap menjadi iktibar kepada semua.

“Pihak kelab tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau pihak atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Nafuzi Zain, Nidzam Jamil ‘terpaksa bermusuhan’, TFC waspada misi balas dendam Selangor – Sukan

Next Post

FAM calonkan gol jarak jauh Sean Selvaraj ke Anugerah Puskas, harap sejarah Faiz Subri berulang – Sukan

Related Posts