Bagi Penang FC slot Piala Malaysia, Perak FC perlu fokus mantapkan pasukan – Sukan


PERBADANAN Malaysian Football League (MFL) pada Rabu mengumumkan Melaka United FC (MUFC) tidak akan dibenarkan untuk bersaing dalam Piala Malaysia 2022 berikutan kemelut gaji pemain dan staf kejurulatihan.

Kejohanan yang diadakan selepas tamat saingan Liga Malaysia itu sering dinanti-nantikan apabila setiap pasukan bersaing mempunyai peluang untuk menambah kejuaraan ke dalam trofi kabinet masing-masing.

Dalam laporan yang dikeluarkan itu, pihak MFL turut berkata, pasukan yang bakal mengisi kekosongan itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan ia pastinya dinanti-nantikan.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila segelintir peminat bola sepak tanah air mula bertanya-tanya mengenai pasukan yang akan mengisi slot yang dikosongkan skuad Hang Tuah itu.

Berdasarkan format terkini, 11 pasukan Liga Super dan lima lagi wakil dari Liga Perdana akan beraksi dalam kejohanan itu tanpa melibatkan skuad simpanan seperti Terengganu FC II dan Selangor FC II.

Selepas MUFC disahkan tidak dibenarkan menyertai, Perak FC dikatakan sebagai sebuah pasukan yang sesuai untuk mengisi kekosongan itu selepas gagal melayakkan diri melihat kepada kedudukan mereka dalam carta liga ketika ini.

Peluang itu seakan-akan satu medan yang tidak akan disia-siakan ketua jurulatih baharu, Lim Teong Kim untuk mengetahui tahap dan kualiti skuad yang dimilikinya.

Di samping itu, penyokong juga pasti teruja untuk melihat penyertaan skuad Seladang dalam kejohanan itu selepas Piala Malaysia 2018 merupakan trofi terakhir yang dijulang pasukan tersebut.

Perak FC kali terakhir mencapai kejayaan pada 2018 selepas menjulang Piala Malaysia.

Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila rata-rata penyokong Seladang lebih berminat untuk memberikan slot itu kepada pasukan Liga Super, Penang FC yang tidak layak apabila mereka berada di kedudukan ke-12 liga.

Peminat bola sepak tempatan, Hazwan Hadzari berkata, Perak FC perlu menggunakan tempoh senggang sebelum memulakan aksi liga dengan melakukan persiapan yang sistematik.

“Bagi Penang FC sahajalah slot Piala Malaysia itu kerana mereka adalah pasukan Liga Super. Perak FC boleh fokus untuk membina sebuah pasukan lengkap bagi mengharungi musim depan,” katanya.

Danish Lavine turut menyokong pandangan itu dengan memberi sebab skuad The Bos Gaurus masih tidak berada dalam keadaan stabil meskipun sudah dibawa pemilikan baharu.

“Kebanyakan daripada penyokong mahu Perak FC mengambil tempat MUFC tetapi, mengikut masalah yang dialami Perak FC, saya merasakan pasukan ini masih belum stabil.

“Adalah lebih baik sekiranya slot itu diberikan kepada Penang FC untuk bermain dalam Piala Malaysia sementara pihak pengurusan melakukan yang terbaik bagi pasukan ini,” katanya.

Tyoupvewett Wrtuyipoity pula berkata, kesukaran untuk menyaingi pasukan-pasukan lain perlu difikirkan selain fokus ke arah musim depan adalah lebih bermakna buat pasukan.

“Rasanya tidak perlulah untuk kita fikirkan mengenai Piala Malaysia, lebih baik jika kita fokus untuk musim depan kerana bukannya Perak FC mempunyai peluang untuk muncul sebagai juara.

“Skuad yang sedia ada pun masih belum padu, penyertaan pun sekadar menjadi pasukan pelengkap sahaja. Anggaplah waktu ini masa berehat skuad Seladang daripada Piala Malaysia,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pulau Pinang nekad benam Terengganu demi ibu emas – Sukan

Next Post

TMJ kata pegang semua benda gagal? Jom semak 3 prestasi semasa Sanusi Md Nor – Sukan

Related Posts