‘Bagi meriah atau hiburan?’, Bos Perak FC ‘berperang’ dengan fans Seladang sampai ada yang koyak – Sukan


KEADAAN Perak FC yang dhimpit dengan kekalahan dan asyik menjadi mangsa belasahan pasukan lain membuat sebahagian penyokong Perak FC menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak pengurusan.

Perak yang kini menghuni tangga ke-11 Liga Super dengan mencatatkan sembilan kekalahan dalam 14 perlawanan membuatkan penyokong semakin tidak senang duduk sehingga pelbagai isu mula dipersoalkan.

Seperti laman penyokong Perak FC, Seladang Fan Club (SFC) yang mencadangkan agar pasukan Utara tanah air itu sepatutnya beraksi di saingan Liga M3 berikutan mereka mendakwa pihak pengurusan XOX Berhad ingin melakukan penjimatan kos.

Yusri dikekalkan menjadi pengendali pasukan senior Perak sehingga akhir musim ini. — Facebook/ Perak FC

Salah satu isu penjimatan kos ini timbul apabila sebelum ini ada penyokong mendakwa bahawa pemilihan Yusri Che Lah sebagai pengendali pasukan senior hingga akhir musim ini adalah bagi menjimatkan bajet pihak pengurusan.

Walaupun dua perlawanan memimpin pasukan senior Perak FC musim ini hanya terisi dengan kekalahan namun ia bukan alasan untuk pihak pengurusan melepaskan ketua jurulatih sementara, Yusri daripada mengemudi pasukan itu pada musim ini.

Minggu lalu, pihak pengurusan skuad The Bos Gaurus (TBG) membuat keputusan untuk mengekalkan pengendali berusia 47 tahun sebagai pengendali pasukan sehingga akhir musim Liga Malaysia (Liga M) 2023).

“Setujukah mengkome (kalian) kalau Perak FC diturunkan ke Liga M3 memandangkan XOX pun tidak mahu funding extra dengan alasan stadium penuh pun masih tidak boleh tampung kos. Alang-alang nak jimat baik di M3, sekurangnya kita bolehlah menang. Sudah itu pun tahap kita kan sepatutnya. Siapa yang deal sampai boleh masuk Liga Super,” dakwanya.

Tangkap layar hantaran dari Bobie Farid.

Pantas membalas dakwaan pemain ke-12 Perak FC tersebut, Ketua Pegawai Eksklusif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin mencabar laman penyokong itu untuk membuat pasukan sendiri.

Malah, Bobie Farid menerusi Facebook rasminya TBG Super Fan juga mengganggap tuduhan tersebut hanyalah sekadar hiburan untuk menceriakan peminat lain.

“Wah dahsyat ini. Kita cerita pasal fakta dia spin sampai ke M3. Kepada semua fans PFC, ini nama nya proses mengenali hati budi. Ada hiburan hari ni. Saya cadangkan SFC (Seladang Fan Club) buka satu pasukan urus sendiri.. ada sahaja pasukan M3 nak jual mur mur (murah-murah). Mana tahu power,” balasnya.

‘Perang’ posting antara bos Perak dan laman penyokong tersebut bersambung dengan episod seterusnya apabila SFC membalas kenyataan Bobie Farid di hantaran terbaharu.

Hantaran balas dari laman penyokong, SFC.

“Cakap nak bagi meriah tapi block. Tak koyak kan? Pertanyaan sahaja bawah ini. Pendapat masing-masing. Kelab milik bos, buat apa sahaja bos rasa betul. Ada perlawanan kami turun, itu sahaja,” tulis laman penyokong itu.

Situasi yang berlaku antara penyokong dan CEO Perak FC itu sepatutnya tidak terjadi, sebaliknya kedua-dua pihak perlu bekerjasama untuk memajukan kelab kesayangan.

Bobie yang juga merupakan CEO OneXOX Sdn Bhd sebelum ini dilantik untuk memegang jawatan berkenaan pada Mei 2022 selepas kelab itu dimiliki XOX Bhd melalui anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Man United kempunan lagi, tonggak PSG ikut langkah Cristiano, Benzema – Sukan

Next Post

Kelab New York pinang Intan Serah – Sukan

Related Posts