Bagai jelmaan Badak, anak jati Kelantan dicanang naik ke skuad senior Seladang – Sukan


SELEPAS mengharungi permulaan musim yang agak hambar, Perak FC kini dilihat mula mendapat rentak untuk kembali bersaing di Liga Malaysia (M) pada musim ini.

Momentum prestasi positif dipamerkan skuad The Bos Gaurus terbukti apabila ia berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam perlawanan pertama pusingan ke-16 Piala Malaysia 2023 pada Khamis lalu.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh, Perak itu, anak buah Yusri Che Lah berjaya bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk menang 3-1 masing-masing melalui jaringan Luciano Guaycochea, Luka Milunovic dan Hakimi Mat Isa.

Prestasi cemerlang juga boleh dilihat ketika saingan Liga Super dengan Perak FC kini dilihat bukan lagi pasukan belasahan.

Daripada empat perlawanan terakhir, TBG berjaya mencatat satu kemenangan dan satu seri masing-masing ketika menentang Kuching City FC dengan jaringan 2-1 dan Kelantan United FC (1-1).

Manakala, dua kekalahan yang dicatatkan juga diperolehi dengan defisit tipis iaitu masing ketika menentang PDRRM FC 1-2 dan Sri Pahang FC 0-1.

Perkembangan itu pastinya memberikan kelegaan buat penyokong TBG yang mahu melihat pasukannya bersaing dengan lebih kompetitif.

Aksi positif dipamerkan itu juga membolehkan Perak FC kini menjarakkan diri daripada kelompok terbawah liga apabila berada di kedudukan ke-11 dengan 13 mata, iaitu enam mata di atas kelab yang berada di kedudukan penyingkiran, Kuching City FC yang hanya mengumpul tujuh mata.

Sementara itu, di sebalik keputusan memberangsangkan yang dicapai itu, perlu diakui bahawa skuad TBG masih perlu terus melakukan proses penambahbaikan antara lain bagi mengelakkan daripada tersingkir ke Liga M3 musim depan.

Untuk tujuan itu, terdapat pihak berpandangan bahawa kelab tidak seharusnya memandang keluar bagi mencari bakat baharu dalam usahanya memperkukuhkan pasukan.

Ini kerana, Perak FC dilihat merupakan antara pasukan yang memiliki barisan pemain muda yang agak berkualiti khususnya yang beraksi bersama Perak FC II untuk diberikan kepercayaan diserapkan bersama skuad senior.

Nik Umar ketika beraksi bersama Perak FC II pada saingan Piala MFL 2023. — Perak Football Club

Antara nama disebut-sebut memiliki potensi boleh lebih kerap diturunkan bersama pasukan utama ialah pemain pertahanan tengah muda berumur 22 tahun, Nik Umar Nik Aziz.

Kelibat pemain berasal dari Kota Bharu, Kelantan yang turut pernah diberikan tanggungjawab selaku kapten pasukan Perak FC II itu sering kali dikaitkan dengan bekas kapten TBG iaitu Shahrul Saad atau Badak.

Selain daripada corak permainannya, antara persamaan yang ditimbulkan antara kedua-dua pemain itu adalah terhadap saiz fizikal dan ketinggiannya.

Untuk rekod, Nik Umar yang memiliki ketinggian 1.73 meter (m) pernah diturunkan dalam dua perlawanan Liga Super sebagai pemain gantian iaitu ketika menentang KDA FC yang menyaksikan pasukan tewas 3-0 dan PDRM FC (1-2).

Pada aksi terakhir liga menentang Sri Pahang FC 30 Julai lalu, dia diletakkan dalam senarai skuad perlawanan dan hanya memanaskan bangku simpanan.

Shahrul ketika beraksi bersama skuad Perak. — Stadium Astro

Pada waktu ini, pemain pertahanan tengah tempatan yang menjadi pilihan Yusri untuk digandingkan bersama tonggak import pasukan ialah Shivan Pillay Asokan.

Pada musim ini, Shivan, 22, yang merupakan bekas pemain Petaling Jaya (PJ) City FC itu membuat sebanyak 17 penampilan bersama pasukan.

Sementara tiga lagi pemain pertahanan tengah tempatan yang menjadi pilihan kedua ialah Che Mohamad Suhairi yang pernah membuat enam penampilan sebagai utama, Nazmi Ahmad (empat) dan Hasnul Zaim Zafri (dua). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dibelenggu kecederaan, bek Sabah antara 3 bintang makin malap selepas bersinar awal musim – Sukan

Next Post

‘Kami akan main bola sampai esok pagi’, Pep Guardiola tak setuju sistem baharu EPL lepas tewas dengan Arsenal – Sukan

Related Posts