‘Back-up’ dalam senarai ganti Aidil Sharin jika tak dapat Cheng Hoe – Sukan

PRESTASI hambar pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di bawah kendalian, Aidil Sharin Sahak semakin hangat diperbincangkan dalam kalangan penyokong skuad Hijau Kuning.

Kemerosotan skuad Lang Merah itu menyebabkan beberapa nama legenda bola sepak dikaitkan untuk menggantikan Aidil bagi mengemudi Kedah memperkukuhkan kedudukan pada saingan Liga Super musim hadapan.

Jika sebelum ini nama Tan Cheng Hoe berulang kali dipetik oleh para penyokong, terbaharu seorang jurulatih berpangkalan di Pantai Timur pula mula diperkatakan bakal membantu Kedah keluar dari badi kekalahan.

Aidil dikatakan hanya bertahan sehingga hujung musim sahaja. — Agensi

Menurut desas-desus, ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain dikatakan bakal berhijrah ke Kedah untuk memimpin skuad Hijau Kuning dan sekali gus menggantikan Aidil.

Sekiranya khabar berita itu benar, penyokong skuad Hijau Kuning boleh menarik nafas lega kerana kehebatan Nafuzi dalam mengendali Terengganu tidak dapat dinafikan lagi.

Di bawah kendaliannya, TFC menamatkan saingan Liga Super musim 2020 dan 2021 masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat, selain mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim lepas.

Nafuzi sebelum ini menjadi pembantu kepada Irfan Bakti pada 2017 yang menyaksikan pasukan berjaya muncul naib juara Piala Malaysia 2018. — Facebook TFC

Malah, Nafuzi juga pernah tercalon dalam kategori jurulatih terbaik, Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2021 kerana beliau dilihat antara jurulatih muda tempatan yang memiliki karisma serta halatuju positif selepas kejayaan membimbing pemain muda TFC.

Kejayaan jurulatih berusia 43 tahun itu membimbing pemain muda boleh menjadi manfaat buat Kedah yang memiliki banyak bakat muda seperti Fayadh Zulkifli dan Aiman Afif.

Untuk rekod, sebelum ini Nafuzi juga dikaitkan bakal mengisi kekosongan ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah-23 (B23). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Tak hantar laporan prestasi, sembunyikan kecederaan, tiba masanya Nauraj pulang berlatih di Malaysia – Sukan

Next Post

‘Amat memedihkan,’ Kipre Tchetche mahu lunas kekecewaan – Sukan

Related Posts