Azzmi akui 3 bintang Gergasi Merah jadi tumpuan aksi PDRM-Selangor – Sukan


PDRM FC menegaskan bahawa mereka tidak gentar untuk menyekat Selangor FC yang prestasinya makin kukuh musim ini selain hanya melepaskan 13 gol setakat ini.

Justeru, ketua jurulatih Sang Saka Biru, Azzmi Aziz, membuat perancangan rapi bagi menghalang pelawat daripada mengutip tiga mata di Stadium MBPJ, Selangor pada Sabtu.

“Selangor sangat tekal dalam musim ini, memang cabaran besar untuk kami. Kami pun dah jumpa pasukan-pasukan besar sebelum ini jadi kami akan bersedia sebaik mungkin.

“Ini perlawanan ke-13 Liga Super buat kami musim ini, saya kena akui bahawa pasukan ini akan terus meningkat dan tahap permainan pasti menjadi lebih baik,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun Selangor juga pasti akan sedia maklum corak permainan PDRM, ia sesuatu yang normal apabila memasuki pertengahan musim.

“Setiap pasukan akan menganalisa keupayaan pasukan lawan, kami juga lakukan perkara yang sama. Apa yang lebih penting adalah hari perlawanan dan saya harap pemain yang diturunkan boleh memberikan impak yag baik.

“Ayron Del Valle, Faisal Halim, Mukhairi (Ajmal Mahadi) perlu diberi perhatian. Permainan mereka sangat baik dan serangan mereka sangat bagus. Kami juga sedia maklum bahawa Tan Cheng Hoe gemar menguasai bola,” katanya lagi.

Selepas 12 perlawanan, PDRM FC berada di tangga ke-10 Liga Super selepas mengutip 13 mata hasil empat kemenangan dan satu keputusan seri. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jangan harap ada ‘miracle’ walau 3 nama besar termasuk Nooa Laine barisi skuad B23 – Sukan

Next Post

‘Kalau kena cara, saya mahu ambil semula’, Datuk Vida rancang letak Kacak urus TRW – Sukan

Related Posts