Azraai yakin gabungan ‘NVM’ Sang Kenari bentuk trio mengancam – Sukan


PIHAK pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) perlu mempertimbangkan hasrat legenda ‘double treble’, Nelson San Martin yang menawarkan diri secara langsung untuk melatih pasukan Liga Simpanan atau pasukan bawah 23 tahun (B23) pasukan itu musim depan.

Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah berkata, penyertaan bekas pemain prolifik Kedah itu bakal memberi satu impak positif kepada skuad Sang Kenari memandangkan dia sangat familiar dengan bola sepak Kedah dan Liga Malaysia secara amnya.

Beliau berkata, aura Nelson sebagai legenda ‘double treble’ juga akan membuatkan pemain-pemain muda menghormatinya sebagai jurulatih.

“Dia bukan datang kosong, dia balik negara dia (Chile), dia ada ikuti kursus kejurulatihan di sana.

“Sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP), dia pun pernah bawa (latih) Langkawi City FC, tapi bila PKP, dia kena balik tapi dia balik tu pun dia upgrade dirinya dengan kursus kejurulatihan dan sebagainya.

“Jadi memang bagus kalau dia dapat membimbing skuad B23 Kedah,” katanya kepada Majoriti.

Nelson bakal menjadi satu komplimentari kepada pasukan andai Nafuzi sah ke Kedah. — Facebook

Mengulas lanjut, Azraai berkata, Nelson juga akan menjadi satu komplimentari kepada pasukan andai jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menyertai skuad Sang Kenari pada musim depan di samping Victor Andrag yang memangku jawatan ketua jurulatih Kedah ketika ini.

Tambahnya, pengalaman Nelson dan Nafuzi ketika bermain bersama dalam pasukan Kedah pada tahun 2007 juga bakal menjadi nilai tambah buat skuad Hijau Kuning.

“Dari segi komunikasi tentang pembangunan pemain, pemain mana yang layak naik skuad senior…apa semua tiada masalah sebab Nafuzi ada kat situ (pasukan Kedah).

“Lagi-lagi Victor pun ada dalam pasukan, mereka semua pernah main bersama dan saya rasa kombinasi mereka bertiga cukup ‘ngam’.

“Mereka akan membentuk satu chemistry dan ini sangat penting dalam sesebuah pasukan,” ujarnya lagi.

Kehadiran Victor dalam pasukan Kedah juga akan memantapkan barisan kejurulatihan Sang Kenari. — Facebook

Azraai berkata, ketiga-tiga jurulatih itu juga adalah daripada generasi muda yang fasih dalam bola sepak moden dan perkara itu akan membantu dari segi perkongsian ilmu serta pengalaman masing-masing.

“Rugi kalau kita lepaskan dia (Nelson). Saya sendiri pun ada sembang dengan dia dalam telefon.

“Dia pun cakap dari segi gaji tu jangan takutlah, dia tak akan demand, bagi dia, dia balik ke Kedah sebab dia nak berkhidmat dengan pasukan.

“Ini jenis bekas pemain yang benar-benar ada passion terhadap bola sepak dan pasukan. Jadi semangat dia lain,” katanya.

Justeru, Azraai berharap pengurusan KDA FC tidak berdiam diri terlalu lama terhadap tawaran Nelson untuk mengendalikan skuad B23.

“Saya difahamkan masih tiada kata putus lagi…pengurusan masih membisu, jadi saya harap mereka dapat pertimbang semula tawaran Nelson itu,” katanya.

Untuk rekod, Nelson bermain untuk skuad Kedah bagi musim 2006 hingga 2008 yang menyaksikan dia menjulang kejuaraan ‘double treble’ ketika Kedah di bawah kendalian Azraai.

Pada November 2012, Nelson kembali ke Kedah untuk beraksi dalam Liga Perdana. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Masih belum gantung but, kudrat 5 kuda tua patut dah layak jadi ‘coach’ – Sukan

Next Post

‘Ibarat dukung biawak hidup’, senarai bintang import ‘flop’ Liga M 2022 – Sukan

Related Posts