Azam berbeza Terengganu, KDA selepas pertembungan di Darul Aman – Sukan


KETUA jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner menganggap kelemahan daripada aspek hantaran bola perlu diperbaiki segera untuk bangkit semula selepas tewas 0-1 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Rabu.

Sudah tentu, ia bukan keputusan yang menggembirakan pengendali dari Croatia berkenaan apabila tumpas pada minit-minit akhir, sekali gus memberi tiga mata kepada pasukan tuan rumah.

Baginya, barisan pemain masih perlu meningkatkan kualiti hantaran bola, terutamanya di sekitar kotak penalti untuk mencipta lebih banyak peluang menjaringkan gol.

Namun, Tomi enggan menyalahkan barisan pemain sepenuhnya kerana yang penting adalah untuk segera mencari solusi kepada kelemahan yang ada dalam usaha mendapatkan mata pertama Liga Super musim ini.

Tomi enggan menyalahkan anak buahnya selepas dua kekalahan berturut-turut Liga Super. — Facebook/Terengganu FC

“Sudah tentu apabila kita kalah seperti itu, moral pemain menurun tetapi inilah tugas saya sebagai jurulatih dan pemain profesional lain untuk pastikan kita dapat bangkit.

“Ada sesetengah situasi di mana kita sepatutnya lebih tahu melakukan hantaran yang tepat dan kita perlu ada kualiti dalam menghantar bola dengan baik, terutamanya dalam kotak penalti atau di sekitarnya.

“Tapi saya tidak mahu mengeluh sangat mengenai pemain-pemain saya hanya disebabkan satu kesalahan yang membuatkan kita tewas dan kita kena tahu macam mana untuk melakukan penyudah yang lebih baik selepas ini”, jelasnya.

Dalam pada itu, pengendali KDA FC, Nafuzi Zain tidak menolak Terengganu FC lebih banyak memberi tekanan kepada mereka sehinggalah perubahan pemain pada saat akhir mengubah situasi permainan.

Sentuhan Nafuzi bersama KDA FC semakin membuahkan hasil. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

Namun, baginya, dua kemenangan berturut-turut Kedah setakat ini belum meletakkan mereka dalam keadaan selesa dan masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukan untuk memastikan prestasi pasukan terus meningkat.

“Alhamdulillah untuk kemenangan tiga mata ini dan kita boleh nampak Terengganu bermain dengan begitu baik.

“Permainan kita agak perlahan dan tidak beri tekanan kepada Terengganu sebaliknya kita yang tertekan dan walaupun kita ada menguasai perlawanan tetapi serangan daripada lawan tetap bahaya terutamanya dari Sony Norde.

“Kita memang bermain di bawah tekanan di mana Terengganu juga mencipta banyak peluang tetapi pertukaran pemain kita yang banyak mengubah situasi malam ini (semalam).

“Keseluruhan kita mampu bermain dengan lebih baik dan dengan suasana yang masih baru mungkin pemain masih gemuruh tetapi ini akan diperbaiki dari masa ke semasa” katanya. — MFL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MFL siarkan aksi Piala MFL secara langsung di YouTube mulai Khamis – Sukan

Next Post

Lima perlawanan akan datang bakal tentukan nasib Liverpool – Owen – Sukan

Related Posts