‘Azam Azmi sebenarnya overused’, ejen sahkan keadaan ACL dan khabar angin ke JDT – Sukan


HARIMAU Malaya terpaksa melupakan khidmat bek kanan, Azam Azmi Murad untuk dua perlawanan pada November menentang Republik Krgyz (16 November) dan Chinese Taipei (21 November) bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027.

Pertahanan kental Terengganu FC (TFC) itu sebelum ini sudah melaporkan diri ke kem latihan namun terpaksa akur terlepas peluang beraksi bersama Harimau Malaya selepas pemeriksaan doktor mendapati kecederaan pada lututnya.

Oleh itu, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengambil inisiatif memanggil tonggak pertahanan Sabah FC, Daniel Ting yang sebelum ini diletakkan dalam senarai bersedia.

Situasi semasa menimpa pemain kelahiran Pulau Pinang itu jelas menimbulkan kerisauan penyokong yang berharap agar Azam Azmi kembali sedia kala dan berupaya untuk beraksi bersama Terengganu pada saingan akhir Piala Malaysia.

Dalam perkembangan terbaharu, ejen Azam Azmi yang dikenali sebagai Joe Berbatov mengesahkan situasi semasa pemain berusia 22 tahun itu difahamkan ditimpa kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) tahap pertengahan.

“Azam Azmi buat MRI (Pengimejan resonans magnetik) dekat jabatan perubatan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Perubatan FAM hanya ada normal, intermediate dan teruk. Dekat kelab pula ada tahap satu hingga empat.

“Dia kini berada pada tahap intermediate, cuma ada parut susulan kecederaannya sebelum ini. Tapi bahagian patella ada luka sikit, jadi kena rehat,” katanya kepada Majoriti.

Azam Azmi kini dalam proses pemulihan di pusat perubatan TFC. — Facebook/Terengganu FC

Tambah ejen Azam Azmi itu, pemulihan di Terengganu FC (TFC) akan menjawab status sama ada bekas pemain Bawah 21 tahun (B-21) skuad Sang Penyu berkenaan akan berpeluang untuk beraksi di pentas Piala Malaysia ataupun sebaliknya.

“Kecederaan Azam Azmi sebenarnya overused kerana terlalu banyak perlawanan dia diturunkan. Sekarang Azam Azmi di Terengganu untuk sambung pemulihan. Status beraksi untuk Piala Malaysia tidak pasti lagi, kena tunggu perkembangannya,” jelasnya.

Dalam perkembangan berbeza, Joe turut menafikan ura-ura mengatakan kliennya itu bakal berhijrah ke Johor Darul Takzm (JDT) pada jendela perpindahan akan datang dan sekali gus menjadi kelab keduanya selepas selama ini hanya berkhidmat bersama Terengganu sejak 2020.

Seperti isu kecederaannya, desas-desusnya berhijrah ke Selatan tanah air juga menggusarkan penyokong skuad Sang Penyu berikutan Azam Azmi adalah salah seorang pertahanan kanan utama untuk kelab Pantai Timur itu.

“Setakat ini Azam Azmi ada kontrak dengan TFC hingga 2025 dan tiada sebarang tawaran rasmi daripada sebarang kelab. Sebelum Azam Azmi melanjutkan kontrak dengan TFC pun tiada tawaran daripada JDT.

“Jika ada kelab lain nak, perlu ada izin dari TFC sebagai pihak yang pegang kontrak. Kelab yang nak perlu trigger release clause atau bayar transfer fee kepada Terengganu. Itu gambaran untuk orang nak dapatkan Azam Azmi,” jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Syahmi Safari sedia keluar dari bayang-bayang, mahu rampas semula tempat – Sukan

Next Post

40 pemain Liga M3 hadir uji bakat, rebut 12 slot sertai latihan bersama kelab EPL di England – Sukan

Related Posts