Awas Kedah, PJ City mahu bangkit!

EMPAT perlawanan terakhir menjadi detik paling kritikal buat PJ City untuk cuba mengekalkan kedudukan di saingan Liga Super musim depan.

Skuad kendalian P Maniam dijadualkan menerima kunjungan Kedah Darul Aman (KDA FC) di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya malam Rabu.

Aksi menentang KDA FC dianggap perlawanan penting untuk kembali meraih kemenangan selepas tewas dalam empat aksi terakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali Didin Taresoh, atlet kerdil yang berjiwa besar… idam lakar kejutan di bumi Tokyo!

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah gatih basikal ke pusat latihan…Daripada ‘nobody’ kepada ‘somebody’

Penjaga gol PJ City FC, Ahmad Syihan Hazmi berkata jalan paling selamat adalah cuba mengutip 12 mata maksimum bermula pada aksi malam ini.

“Saya dan rakan-rakan sepasukan akan cuba berikan fokus sebaik mungkin memandangkan lawan yang kami temui (KDA FC) merupakan antara yang terkuat di Liga Super.

“ Saya percaya dengan taktikal yang akan diterapkan jurulatih boleh memastikan kami melakar sesuatu dalam perlawanan itu dan paling penting kami mampu bangkit daripada beberapa deretan kekalahan yang dialami sebelum ini.

“ Namun, saya percaya PJ City masih ada kualiti untuk kekal di Liga Super dan harap dalam empat perlawanan akan datang, kami boleh catatkan beberapa keputusan positif bagi mencari kedudukan yang lebih baik di Liga Super, ” kata pemain 25 tahun itu.

Kali terakhir PJ City FC capai kemenangan adalah ketika menumpaskan Sabah 1-0, 24 Julai lalu.

Ketika ini, The Phoenix menghuni tangga kesembilan Liga Super, mengumpul 18 mata hasil empat kemenangan dan enam kali seri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts