‘Awal masa kau bro’, rakan tangisi pemergian bekas pemain skuad Piala Presiden NSFC – Sukan


NEGARA kehilangan seorang lagi permata bola sepak selepas bekas pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan FC musim 2021, Haily Azuan Azmi meninggal dunia.

Difahamkan Allahyarham yang berusia 22 tahun meninggal dunia akibat kemalangan motosikal pada Ahad.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan laman Facebook Negeri Sembilan Football Club pada Isnin.

“Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga bekas pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan FC musim 2021, Haily Azuan Azmi atas pemergian beliau ke negeri abadi.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin,” tulis kapsyen hantaran itu.

Gambar kenangan Allahyarham Haily (kiri) bersama rakannya.

Sementara itu, seorang rakan Allahyarham, Leo @bakhhhhhhhh berkongsi ucapan takziah dan momen mereka bersama di laman Twitter.

“Awal betul kau tinggalkan aku bro, baru je hari tu kata tak sabar nak tengok aku kahwin nanti.

“You’re gone too soon (Awak pergi terlalu awal), sahabatku, adikku. Semoga tenang kau di sana wahai sahabatku. You will be truly missed (Awak akan amat dirindui) Haily Azuan Azmi,” tulisnya.

Sebelum ini, arena bola sepak negara juga kehilangan dua lagi permata iaitu pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Muhammad Saiful Ezzudin Mustaffa dan penjaga gol skuad Piala Presiden TRW Kelantan FC, Muhammad Faris Ikmal Omar.

Muhammad Saiful Ezzudin dilaporkan meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sungai bersama rakan-rakannya di Kampung Sungai Limau, Baling, Kedah pada 24 Mac 2022.

Manakala, Muhammad Faris difahamkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kota Tinggi, Johor pada 29 Mei 2022 — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ronald Ngah beri ‘hint’, pertimbang masa depan bersama Kedah? – Sukan

Next Post

TMJ anggap perjalanan Arif Aiman masih jauh – Sukan

Related Posts