Aubameyang mahu gaji dua kali ganda tinggi daripada Ibrahimovic

BINTANG Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang meminta gaji dua kali ganda lebih tinggi daripada Zlatan Ibrahimovic selepas AC Milan mengemukakan tawaran untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain antarabangsa Gabon itu telah dilucutkan jawatan kapten skuad Gunners bulan lalu berikutan beberapa pelanggaran disiplin dan tidak membuat sebarang penampilan untuk kelab itu sejak insiden berkenaan.

Aubameyang dikhabarkan akan berhijrah penghujung jendela perpindahan pada Januari, dengan AC Milan dianggap sebagai salah satu pihak yang berminat bersama Marseille dan Paris Saint-Germain (PSG).

Bagaimanapun, Football Italia melaporkan bahawa Aubameyang mahu dibayar lebih dua kali ganda daripada yang diterima oleh rakan penyerang, Ibrahimovic di San Siro untuk berpindah ke Milan.

Bekas pemain Borussia Dortmund itu dikatakan tidak sanggup mengorbankan gaji £350k (RM1,964,653) seminggu untuk melengkapkan perpindahan ke tempat lain, dengan Ibrahimovic kini mengaut £125k (RM701,661) seminggu.

Namun penyertaan bersama AC Milan masih belum pasti selepas laporan menyatakan rundingan masih dijalankan di antara kedua-dua pihak. – Sportsmole.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Zii Jia, Jin Wei dah ‘bebas’

Next Post

Ronaldo beri hadiah hari jadi terbaik pada teman wanita

Related Posts