Atlet rejam lembing Poland lelong pingat, bantu kumpul dana pembedahan jantung bayi

ATLET dari Poland, Maria Andrejczyk memenangi pingat perak di Olimpik Tokyo dalam acara rejam lembing wanita pada 6 Ogos dengan percubaan terbaik 64.61meter.

Walaupun persembahan Maria membuatnya mendapat tempat di podium, namun sikap baiknya selepas acara itu yang membuat orang di seluruh dunia kagum dengannnya.

Maria melelong pingat perak Olimpiknya bagi membantu mengumpulkan dana untuk seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang memerlukan pembedahan jantung di Amerika Syarikat.

Atlet rejam lembing itu memuat naik perkongsian di Facebook pada 11 Ogos untuk mengumumkan bahawa dia akan melelong perak Olimpiknya setelah menemui pengumpulan dana untuk Miloszek Malysa.

Pada Isnin, Maria mengumumkan bahawa rangkaian pasaraya Zabka memenangi lelongan dengan membuat tawaran sebanyak AS$125,000.

Dalam catatan lain di Facebook, pihak Zabka mendedahkan bahawa pingat itu akan kekal bersama ahli sukan Olimpik berusia 25 tahun itu. – NDTV

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts