Asri kecewa MU leka minit akhir, Dollah puji pemain gantian Sri Pahang – Sukan

KETUA jurulatih interim Sri Pahang, Datuk Dollah Salleh mengakui pemainnya dilihat serba tidak menjadi dan lesu ketika seri 2-2 dengan Melaka United dalam saingan Liga Super pada Sabtu.

Dollah berkata, dia bagaimanapun memuji pemainnya kerana mempamerkan semangat tidak berputus asa sehingga tamat perlawanan yang diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka.

“Pemain gantian juga telah membeikan impak besar kepada keputusan perlawanan.

“Walaupun pemain dilihat serba tidak menjadi dan lesu namun secara keseluruhan kita berpuas hati kerana gol pertama telah memberi suntikan semangat kepada pasukan sehingga terhasil gol kedua untuk kita meraih mata berharga,” katanya.

Sementara itu, pemangku ketua jurulatih Melaka United (MU), Mohd Asri Ninggal berkata, keputusan seri 2-2 adalah sesuatu yang mengecewakan baginya kerana pasukannya terlepas peluang mengutip mata penuh walaupun sudah terhidang depan mata.

Pemain MU mengerumuni pemain Sri Pahang, Andres Steven Rodriguez (tengah). — Bernama

“Kita tidak ambil peluang walaupun pemain telah bermain dengan bagus dan menguasai perlawanan, namun disebabkan kesilapan mudah membenarkan lawan membuat hantaran menjaringkan gol selain pemain tidak kekal memberi tumpuan telah menghukum kita.

“Kita perlu menyalahkan diri sendiri dengan keputusan ini, namun apa yang lebih penting pasukan perlu bangkit dan memperbaiki permainan terutama bertahan di saat akhir dan sudah tentu perlawanan seterusnya bertemu Terengganu lawan yang bukan mudah,” katanya

Pada perlawanan tersebit, Sang Kancil lebih menguasai permainan dan mendahului dengan dua gol menerusi penyerang import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun pada minit ke-38 dan pemain dari Brazil, Adriano Narcizo, minit ke-51.

Dua pemain gantian Tok Gajah muncul wira pasukan selepas menjaringkan gol penyamaan dalam tempoh tiga minit terakhir perlawanan menerusi David Rowley pada minit ke-87 dan Shahrul Nizam Nadzir, minit ke-90.

Keputusan itu menyaksikan MU yang mengumpul 17 mata berada di tangga ketujuh liga, manakala Pahang di tempat kelima dengan 18 mata. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemain terlalu penat, Nafuzi puji melambung TFC bawa pulang 3 mata – Sukan

Next Post

Yakini lokal, 5 jurulatih Liga M setanding dengan ‘coach’ luar – Sukan

Related Posts